Virus Corona Si Pembunuh Jadi Penyelamat

Virus Corona yang telah meragut beratus nyawa di China sebaliknya telah menyelamatkan seorang wanita di Jingshan, China daripada menjadi mangsa rogol apabila dia berpura pura batuk dan mengatakan dia dijangkiti virus corona apabila dia cuba dirogol oleh seseorang yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.
Kejadian berlaku sewaktu wanita tersebut tidur di bilik tidurnya sebelum menyedari kehadiran lelaki yang tidak dikenali tersebut.
Setelah menyedari kehadiran lelaki tersebut, wanita tersebut menjerit tetapi lelaki tersebut merangkul leher wanita tersebut dan menutup mulutnya dan cuba untuk merogol mangsa.
Tanpa berfikir panjang, wanita tersebut pura pura batuk dan mengatakan dia baru pulang dari Wuhan dan dijangkiti virus Corona.
"Saya baru pulang dari Wuhan dan mempunyai gejala jangkitan jadi saya duduk di rumah untuk mengasingkan diri," itu yang dikatakan mangsa.
Penceroboh yang ketakutan itu merampas telefon pintar mangsa dari meja katilnya dan wang tunai £9 (RM48) sebelum berlari keluar.
Polis Jingshan mengesahkan insiden tersebut dalam satu entri di media sosial dan memaklumkan yang suspek telah ditahan.
Sumber : Awani
loading...


0 Ulasan