10 Jenis Bahan Makanan Yang Dapat Menguatkan Tubuh Melawan COVID-19

10 Jenis Bahan Makanan Yang Dapat Menguatkan Tubuh Melawan COVID-19

Penularan COVID-19 yang disebabkan virus Corona ini semakin membimbangkan. Sehingga waktu post ini ditulis, sudah ada 37 kematian dicatat disebabkan virus corona ini.

Jumlah kematian kes covid-19 di malaysia


Seperti sudah sedia maklum, untuk mencegah penularan virus corona ini, kita perlu pertingkatkan sistem kebersihan diri seperti lebih sering mencuci tangan atau mandi. Menjaga jarak sosial atau 'Social Distance' untuk mengelak dijangkiti virus corona ini. Kerajaan turut terpaksa mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan penularan virus Corona ini yang terlalu cepat merebak di kalangan masyarakat.

Menjaga kebersihan, mengamalkan 'Social Distance', Perintah Kawalan Pergerakan adalah langkah pencegahan luaran untuk mengelakkan kita dari dijangkiti virus ini, tetapi bagaimana dengan sistem kekebalan tubuh atau sistem imun dalam badan supaya menjadi lebih kuat dalam melawan bakteris, virus atau penyakit di dalam badan?

Daripada rekod kematian akibat COVID-19 yang dicatat, ramai di antara mereka yang berumur 50 tahun ke atas dan menghidap penyakit. Ini adalah disebabkan sistem imun dalam badan atau sistem kekebalan mereka tidak kuat atau lemah untuk melawan virus Corona ini apabila dijangkiti virus tersebut.

Jadi selain mengamalkan kebersihan dan 'Social Distance' pemakanan turut penting di dalam mencegah COVID-19.

Di bawah adalah 10 senarai makanan yang dapat membantu menguatkan sistem imun tubuh dalam mencegah penularan virus corona ini. Makanan makanan ini bukan sahaja dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan virus Corona, tetapi juga mengekalkan kesihatan dari pelbagai penyakit.

10 Makanan Dapat Mencegah Dari Dijangkiti Corona


1. Kunyit

Umum sudah tahu fungsi kunyit sebagai herba dan rempah dalam masakan. Kunyit lengkap dengan B6, Vitamin C, zat besi dan magnesium.

Antara kebaikan Kunyit adalah ia mampu mencegah kanser.
Komponen aktif di dalam kunyit dapat sel kanser dari terus bertumbuh yang disebabkan radiasi.

Selain itu, Kunyit juga mampu mengawal kolesterol dan diabetes. Kolesterol dan diabetes bagaikan penyakit yang biasa bagi golongan yang berumur pada ketika ini apalagi  jika seseorang itu mempunyai pola dan corak pemakanan yang kurang sihat

Kunyit juga dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh. Zat yang ada pada kunyit yang meransang sistem kekebalan tubuh menjadikan ia antibateria dan antivirus yang dapat menghalang pembiakan bakteria dan virus dalam tubuh.

 Ubat tradional dengan mengkonsumsi kunyit dapat menghilangkan hidung tersumbat, flu dan batuk.

Tetapi awas! Jangan ambil kunyit lebih dari 500mg sehari kerana mengambil terlalu banyak kunyit juga membahayakan kesihatan.

2. Halia

Halia merupakan tumbuhan berbunga yang berasal dari negara China.

Rhizome, iaitu bahagian akar tumbuhan ini biasanya dijadikan sebagai rempah ratus.

Halia mengandungi  air, karbohidrat, serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik.

Terlalu banyak khasiat halia sebenarnya. Kalau nak disenaraikan mungkin agak letih untuk disenaraikan .Namun dengan keadaan COVID-19 pada ketika ini, saya hanya memfokus pada fungsi dan kebaikan halia dalam mencegah penyebaran virus Corona ini.

Salah satu fungsi Rhizome, Halia:
 Melancarkan Perjalanan Darah
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki pengaliran darah, sekaligus membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan. Ia sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selsema di Asia.

 Bahan bioktif yang terdapat pada halia dipanggil gingerol yang memberi rasa dan bau yang tersendiri pada halia juga boleh mengurangkan risiko jangkitan kuman dan bakteria.

Halia berfungsi untuk menghalang pertumbuhan beberapa bakteria dan melawan bakteria di mulut,mencegah penyakit gingivitis dan periodontitis. Ia juga didapati dapat melawan virus yang menjadi punca kepada jangkitan respiratatori (pernafasan).

3. Teh Hijau

Teh hijau bukan sahaja popular sebagai minuman diet dan banyak kelebihan lain, ia juga berfungsi membunuh bakteria.

Bahan catechin yang terdapat pada teh hijau boleh membunuh bakteria dan virus seperti influenza.

4. Lada Benggala @ Capsicum

Capsicum atau lada benggala mempunyai vitamin C dan bahan antioksida. Kandungan Vitamin C dapat merangsang sel darah putih untuk melawan jangkitan. Ia sekaligus mampu meningkatkan imunisasi tubuh.

5. Lemak Ikan atau minyak ikan

Terdapat banyak jenis ikan yang digunakan untuk menghasilkan supplement minyak ikan. Antara yang paling biasa adalah: salmon, kod, kembung, sardin, halibut pollock dan ikan hering. Di Malaysia, kita lebih biasa dengan minyak ikan kod.

Untuk mencegah virus COVID-19 mungkin kita boleh mula amalkan minyak ikan kerana ia baik untuk menguatkan sistem imun badan.

Moga dengan usaha kita mengamalkan minyak ikan, badan akan lebih kebal daripada dijangkiti penyakit-penyakit biasa, seperti demam, selesema dan batuk.

6. Bawang putih

Mari kita lebihkan bawang putih dalam masakan.Sudah berkurun lamanya kebaikan bawang putih untuk mencegah batuk dan selsema tidak dapat disangkal lagi.

Bahan yang dipanggil Allicin yang terdapat pada bawang putih juga bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Ia berupaya memusnahkan mikroorganisma. Kajian juga menunjukkan pengambilan bawang putih 2-3 biji sehari selama 3 minggu juga dapat meningkatan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan.

7. Sayur bayam

Sayur bayam memang banyak khasiatnya. Untuk kecantikan dan kesihatan, pencegah kanser, baik untuk sistem pencernaan, menjaga tulang, menjaga penglihatan dan pelbagai lagi.

Vitamin A, C, E, D dan B dalam bayam juga menjadikan  sayur ini sangat sesuai untuk menjaga kekebalan sistem imun tubuh.

8. Buah-buahan citrus

Buah-buahan citrus adalah buah buahan yang terasa macam seperti lemon, limau , orange, kiwi dan banyak lagi. Vitamin C dalam buah-buahan ini sangat tinggi dapat meningkatkan sistem imun tubuh dan dapat melawan penyakit.

9. Kacang Almond

Kacang almond boleh dijadikan sebagai tambahan dalam dessert harian kita buat masa ini. Ia kaya dengan vitamin C dan E.

Vitamin ini mampu meningkat sistem imun tubuh dan melawan virus corona singgah di tubuh kita.

10. Madu

Raja segala kebaikan makanan ialah madu. Dalam Al-Quran juga disebut tentang kebaikan madu pada tubuh manusia dalam menangkis pelbagai penyakit. Kita memang digalakkan mengamalkan madu setiap hari seperti yang telah disebut dalam Al-Quran dan hadis nabi.

 Madu mengandungi antioksidan yang tinggi. Mengamalkan madu dapat  meredakan batuk, menjaga tekak tidak kering, dan menghilangkan kahak. Salah satu tanda virus corona menyerang adalah batuk-batuk berterusan disebabkan tekak yang kering.

Itulah antara 10 bahan makanan yang dapat membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh melawan penyakit juga mencegah diri dari dijangkiti virus Corona yang boleh membawa maut.

Semoga COVID-19 cepat berlalu. Tingkatkan kebersihan diri, amalkan pemakanan sihat terutama 10 makanan di atas, seterusnya sila patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
loading...