Kisah Sebenar 7 Beradik Di Kurung Dalam Rumah Selama 14 Tahun

Di kurung selama 14 tahun di dalam rumah The Wolfpack

Waktu post ini di tulis, Perintah Kawalan Pergerakan yang di sebabkan penularan virus corona atau COVID-19 telah memasuki tempoh 14 hari dan akan berakhir pada 14 April 2020 nanti jika keadaan kembali normal.

14 hari dipaksa berkurung dirumah, macam macam perangai boleh kita lihat, ada yang bercakap dengan lipas, yang lelaki ada yang kenakan pakaian perempuan, ada bapak budak yang menyamar jadi mak budak untuk hiburkan anak-anak dan macam macam lagi perangai pelik pelik. Walaupun hanya sebagai gurauan, ianya memberi gambaran bahawa 14 hari berkurung di rumah adalah 1 tempoh yang panjang, apalagi jika seseorang tu kaki berjalan kaki merayap, kaki melepak, kaki kedai mamak, kaki shopping dan macam macam kaki lagi lah....

14 hari dipantau, tak boleh kemana mana tanpa urusan penting......
Boleh anda bayangkan bagaimana jika di kurung selama 14 tahun...

Ini lah yang terjadi kepada 7 beradik yang tinggal di New York ini. Mereka dari kecil tidak pernah di benarkan untuk keluar dari rumah bermain bersosial seperti kanak kanak atau remaja lain.

Kisah 7 beradik dikurung dalam rumah 14 tahun

Mereka hanya mengetahui tentang dunia luar hanya melalui televisyen yang ada dirumah mereka.

Ketujuh saudara tersebut adalah Bhagavan, yang sulung. Govinda dan Narayana yang merupakan pasangan kembar. Mukunda, Krisna, Jagadesh, dan Visnu yang paling bongsu. Mereka tinggal di Apartmemt Lower East Side Manhattan, New York.

Bapa kepada 7 beradik malang ini, Oscar Angulo sengaja mengurung dan tidak membenarkan ketujuh tujuh anaknya itu untuk keluar bermain dengan kanak kanak lain di persekitaran rumah mereka kerana takut anak anak nya mendapat pengaruh buruk dari pergaulan dan gaya hidup tidak baik di kota New York yang sememangnya sebuah kota yang moden. Sepertinya, bapa kepada 7 beradik ini over-protective terhadap anak anaknya...

Setelah 14 tahun disembunyikan dalam rumah mereka, salah seorang dari ketujuh beradik itu berjaya keluar rumah dan membebaskan saudara-saudaranya yang lain. Walaubagaimanapun, Vishnu yang paling kecil tidak dapat ikut keluar kerana memghidap penyakit dan perlu dijaga. Apa yang menghairankan, Setelah berjaya keluar dari 'penjara' mereka selama ini, mereka berjaya mencapai cita cita mereka, misalnya Narayana menjadi seorang aktivis setempat dan Makunda menjadi penulis.

Kisah 7 beradik ini juga pernah dibuat filem dokumentari setelah seseorang bernama Moselle bertemu dengan 7 beradik ini secara tak sengaja dan membuat filem dokementari tentang kehidupan mereka 7 beradik yang dikurung selama 14 tahun di rumah. Filem tersebut bertajuk The Wolfpack yang diterbitkan pada 2015.


True story The Wolfpack

******************

14 tahun.... Lama tu... 14 hari pun dah ada yang sawan.....
Tapi 14 tahun diorang ni berbeza la dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang kita jalani sekarang ni.... 14 tahun diorang ada makanan pakaian semua disediakan, cuma tak dibenarkan keluar rumah je.... Macam Perintah Kawalan Pergerakan ni, makin lama, duit makin menipis, makanan makin habis, tak gila jadinya.... Huhu


loading...