Bolehkah Pesakit COVID-19 Yang Sembuh Kembali Positif


Pesakit COVID-19 sembuh kembali positif
Pesakit COVID-19 yang sembuh dan dibenarkan keluar hospital

Doktor di Hospital di Wuhan China mendapati, antara 3 hingga 10 peratus pesakit-pesakit yang telah sembuh dari Covid-19, didapati kembali positif selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Para penyelidik di seluruh dunia kini sedang mengkaji sama ada pesakit yang telah sembuh masih boleh dijangkiti coronavirus daripada orang lain selepas mereka membina antibodi di dalam badan sekaligus menyebabkan mereka imun dari COVID-19.

Para doktor dari hospital Tongji, di bandar Wuhan tempat di mana penyakit itu kali pertama dikenal pasti, memberitahu wartawan CCTV bahawa mereka tidak menemui sebarang bukti bahawa pesakit-pesakit yang telah sembuh boleh dijangkiti semula dari orang lain yang positif COVID-19.

Kajian itu berdasarkan pemerhatian dekat terhadap keluarga mereka dan ujian-ujian yang telah dilakukan di dalam makmal

Meskipun saiz sampel yang dikaji secara relatifnya kecil, kajian yang dibuat di hospital Tongji itu disifatkan relevan kerana negara China kini menyaksikan lebih ramai pesakit yang sembuh berbanding kes-kes baru yang disahkan.

Tanah Besar China tempat di mana penyakit itu mula mula muncul, telah membenarkan pulang sejumlah 90 peratus pesakit yang dijangkiti manakala 4,300 lagi pesakit yang disahkan positif masih menerima rawatan di pelbagai hospital.

Negara itu telah melaporkan sekurang-kurangnya sejumlah 81,000 kes, namun kebanyakan kes-kes baru merupakan jangkitan dari luar negara.

Wang Wei, Presiden Tongji Hospital memaklumkan kepada CCTV, kajian dibuat terhadap 147 pesakit yang telah sembuh mendapati hanya 5 atau 3 peratus di kalangan mereka diuji positif semula menerusi kajian nukliek asid selepas sembuh.
loading...