Jangan Terkejut. Inilah Bagaimana China Mengurangkan Penyebaran Virus Corona Di Kalangan Rakyat Mereka




Cara china mengurangkan penyebaran wabak corona covid-19


INISIATIF kerajaan China dalam membendung penularan wabak COVID-19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu berhasil ‘dikawal’ boleh dianggap suatu kejayaan. Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, China sebaliknya berjaya mengawal penularan virus Corona atau Covid-19.

Setakat ini, China merekodkan sejumlah 81, 029 kes, dengan peningkatan sebanyak 22 kes sejak Sabtu. Berdasarkan statistik, ia jauh lebih kecil berbanding peningkatan dalam tempoh 24 jam di Britain dengan 208 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Statistik covid-19


CHINA BERJAYA KAWAL COVID-19.


Gambar dibawah menunjukkan sebuah hospital di Hubei yang telah kosong kerana pesakit Covid-19 dibenarkan pulang setelah dirawat.

sebuah hospital di Hubei yang telah kosong kerana pesakit Covid-19 dibenarkan pulang setelah dirawat.

Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini. 

Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China. Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.

Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah. Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan.

Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja. Jika keluar ini yang mereka lakukan.
1. Memakai topeng muka.
2. Membawa hand sanitizer bersama mereka.
3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.
4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap. 5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan.
6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula.
7. Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi.
8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula.
9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone. 

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga.

Di dalam memantau dan mengurangkan Penyebaran wabak Covid-19, rakyat dan kerajaan perlu sama sama memainkan peranan. Kerajaan merangka pengarahan kepada rakyat, rakyat pula tunduk mengikut arahan yang dikeluarkan. 

Jika di atas adalah bagaimana rakyat China mengamalkan langkah penjagaan kebersihan diri untuk mengelakkan dari terkena wabak virus Corona atau Covid-19,di bawah pula adalah peranan kerajaan China dalam mengurangkan Penyebaran Virus ini.

Penutupan seluruh bandar


Cara china mengawal penyebaran wabak corona covid-19


China telah melakukan kerja-kerja pembendungan terbaik dengan mengisytiharkan darurat ketat pada 23 Januari lalu di Wuhan serta 15 bandar lain di wilayah Hubei bagi mengekang wabak itu daripada terus merebak.

Seramai 56 juta penduduk terkesan dengan pengisytiharan itu di mana semua pintu pengangkutan awam
(bas, keretapi, penerbangan dan feri), premis perniagaan, kilang-kilang, pejabat serta sekolah turut ditutup rapat. Malah, petugas kesihatan turut dikerahkan dari seluruh Ch1na hanya untuk membantu merawat pes@kit yang dijangkiti virus yang menjangkit itu.

Pembinaan Hospital Khas Merawat Pesakit Covid-19


Cara china mengatasi covid-19

Hospital khas untuk pesakit Covid-19 juga dibina hanya dalam masa dua minggu bagi menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap hari. Bukan sahaja langkah pembendungan dilakukan di negara itu, malah usaha pengawalan dan pengawasan turut dipertingkat dari semasa ke semasa.

Makluman Di Media Sosial


Pihak kerajaan turut menggunakan platform media sosial serta aplikasi mudah alih bagi mengawasi pergerakan di kawasan yang dikategorikan mengikut warna iaitu hijau, kuning dan merah.

Proses Nyahkuman Yang Kerap


Cara china mengawal penyebaran virus corona covid-19


Setiap jalan dan bangunan turut dibersihkan dengan penyemburan cecair pembasmi kuman yang dilakukan dengan kekerapan yang maksimum.

Penggunaan Cahaya UV


Firma pengangkutan awam Yanggao mengubah kebuk pembersihan bas henti-hentinya kepada kebuk cahaya UV untuk tujuan nyahkuman pada rangkaian basnya. Proses yang sebelum ini mengambil masa 40 minit ditambah baik hingga hanya memerlukan tempoh 5 minit bagi setiap bas.

Topeng Muka Diwajibkan


Semua rakyat turut diwajibkan memakai topeng muka jika menaiki teksi atau ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan dengan kerja-kerja bacaan suhu turut menjadi kewajipan semasa memasuki sesebuah bangunan.

Pergerakan Dipantau


Selain itu, seluruh kejiranan turut dikawal oleh penguat kuasa yang melakukan rondaan serta pemeriksaan keluar masuk terhadap pelawat yang berkunjung ke sesebuah kawasan perumahan.

Penguatkuasaan Ketat


China juga turut memperketat sistem pengkuatkuasaan tentera dan polisnya dengan menahan serta mengurung individu yang melanggar kesalahan di kala penularan wabak tersebut.

Pesanan Khidmat Masyarakat


Bagi langkah pencegahan, pesanan khidmat masyarakat juga sering disebar luas kepada orang awam dengan mengalakkan mereka mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengurangkan perjalanan agar tidak membebankan penguat kuasa kesihatan.

 ***********

Adakah Malaysia mampu mengikut jejak langkah China dalam mengekang Penyebaran wabak virus Corona atau Covid-19 ini? 
loading...