Cara Tebus 1GB Internet Percuma Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat Perintah Kawalan Pergerakan

Cara Tebus 1GB Internet Percuma Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Di dalam Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat 2020 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Mac yang lalu.

Salah satu intipati di dalam Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat 2020 yang dibuat adalah peruntukan khas pakej internet yang akan diberikan secara percuma kepada semua pengguna melalui penyedia telekomunikasi masing masing selama melalui tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Peruntukan khas pakej internet ini berjumlah 600 juta.

Antara inisiatif yang diambil adalah semua pengguna talian mudah alih termasuk pascabayar dan prabayar UMobile, Celcom, Digi serta Maxis akan menerima data Internet berkelajuan tinggi sebanyak 1GB secara percuma bermula 1 April ini. Penawaran data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi sehingga 6 petang dan penggunaannya adalah bebas mengikut kehendak pelanggan.

Di bawah adalah cara menebus internet percuma dari Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat 2020 mengikut penyedia internet masing masing.

1. 1GB Internet Percuma Maxis


Cara Tebus 1GB Internet Percuma Maxis Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Penawaran data percuma ini tersedia untuk semua pelanggan pascabayar dan prabayar Maxis (kecuali pengguna MaxisONE). Penebusan perlu dibuat setiap hari dan hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja.  Penebusan data boleh dibuat menerusi tiga aplikasi berbeza Maxis bergantung kepada talian mudah alih yang digunakan.

Aplikasi MyMaxis :
Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi MyMaxis Biz :
Klik “Get More Data” –> pilih “Free 1GB/ Day Pass” di bawah “Time Based Pass”
Aplikasi Hotlink RED :
Klik banner utama –>  pilih “Free 1GB/ Day Pass”. Anda juga boleh aktifkan data ini menerusi  tab ‘Shop’
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Maxis

2. 1GB Internet Percuma UMobile


Cara Tebus 1GB Internet Percuma UMobile Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

UMobile menawarkan data percuma ini kepada semua pelanggan semua pelanggan pascabayar, prabayar dan broadband (kecuali pengguna WeChat Go). Data ini tersedia untuk semua perkhidmatan Internet termasuk melayari web, penstrumab video serta perkhidmatan lain dan boleh digunakan untuk hotspot.

Bagaimanapun, pelanggan perlu memastikan talian adalah aktif untuk penggunaan data percuma ini yang di berikan dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan akan diterima secara automatik sehingga tempoh PKP tamat. Pengguna boleh menyemak baki kuota dengan mendail 1186# untuk prabayar atau 1187# untuk pascabayar. Untuk penebusan, sila dail :

*118*6*7# untuk pengguna prabayar UMobile
*118*7*6# untuk pengguna pascabayar UMobile
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Umobile

3. 1GB Internet Percuma Celcom


Cara Tebus 1GB Internet Percuma Celcom Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Tidak seperti Maxis dan UMobile, pelanggan Celcom tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia akan tersedia secara automatik di dalam akaun setiap hari. Data internet ini juga hanya boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan baki data yang tidak digunakan akan terhapus serta tidak boleh di bawa ke lain hari.

Penggunaan untuk hotspot juga dibenarkan untuk tawaran data percuma ini. Internet percuma hanya boleh digunakan untuk kegunaan domestik sahaja. Pelanggan boleh menyemak baki kuota data ini menerusi aplikasi Celcom Life atau mendail nombor di bawah,

*118*1*1*2# untuk pengguna prabayar
*118# untuk pengguna pascabayar
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Celcom

4. 1GB Internet Percuma Digi


Cara Tebus 1GB Internet Percuma Digi Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Untuk memberikan lebih banyak fleksibiliti, semua pelanggan pascabayar dan broadband Digi akan menerima data Internet percuma sebanyak 1GB setiap hari.  Malahan pemberian data percuma ini telah diumumkan oleh Digi lebih awal lagi (sejak 21 Mac) berbanding telko lain.

Data ini boleh digunakan antara jam 8 pagi hingga 6 petang dan penebusan boleh dibuat menerusi aplikasi MyDigi.

Selain itu, mana–mana pelanggan prabayar Digi yang menambah nilai RM10 dan keatas layak menikmati Internet serta panggilan percuma seperti berikut :

Panggilan percuma selama 5 minit + 300MB Internet dengan tambah nilai RM10 hingga RM29.99. Sah selama 3 hari

Panggilan percuma selama 15 minit + 1GB internet dengan tambah nilai RM30 dan ke atas. Sah selama 7 hari.

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Digi

5. 1GB Internet Percuma YooDo


Cara Tebus 1GB Internet Percuma Yoodo Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Penawaran YooDo tampil lebih menarik berbanding penyedia telekomunikasi yang lain apabila pengguna data percuma YooDo boleh digunakan tanpa had iaitu bila-bila masa sahaja sepanjang hari. Data percuma akan dikreditkan ke plan anda bermula 30 Mac sehingga 14 April 2020 dan sila pastikan talian anda adalah aktif.

Data percuma ini akan ditambah pada baki data sedia ada – sebagai contoh, jika pelan pengguna mempunyai data sebanyak 15GB, ia akan memaparkan‘16GB daripada 15GB’ sejurus menerima data 1GB tersebut. Menariknya lagi, data yang tidak habis digunakan akan dikumpul sehingga pelan anda luput/diperbaharui.

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman YooDo

6. Unifi Mobile – Pas Hotspot 999GB

Cara Tebus 1GB Internet Percuma unifi Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Unifi Mobile kini menawarkan pas hotspot 999GB LTE secara percuma dan penawaran ini telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Ia tersedia untuk semua pengguna unifi Mobile Postpaid (unifi Mobile 99, webe RM79 & unifi Mobile Pek Jasa ) dan unifi Mobile Biz Postpaid (unifi Mobile Biz 99 & unifi Mobile Biz 79).

Pengguna tidak perlu membuat sebarang penebusan kerana ia diaktifkan secara automatik. Untuk langganan baru, pas ini akan tersedia dalam akaun selepas sehari pengaktifan. Manakala, pelanggan sedia ada pula, ia akan ditunjukkan dalam akaun terkini.

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Unifi Mobile

7. 1GB Internet Percuma TuneTalk


Cara Tebus 1GB Internet Percuma Pakej Ransangan Ekonomi PRIHATIN Rakyat

Tidak ketinggalan, berita gembira juga buat semua pelanggan TuneTalk! Di mana penawaran data Internet percuma sebanyak 1GB turut tersedia untuk semua pelanggan Tune Talk termasuk keahlian baru ataupun sedia ada.

Data ini diaktifkan secara automatik selepas pengguna melakukan penebusan menerusi mesej. Ia hanya boleh digunakan setiap hari antara jam 8 pagi hingga 6 petang sepanjang tempoh PKP. Paling penting, para pelanggan perlu memastikan akaun mereka adalah aktif bagi menikmati penawaran percuma ini. Untuk menebus, ikuti langkah mudah di bawah :

 Akaun perlu aktif (Tambah nilai & dapatkan kredit tambahan sebanyak 20%)
SMS STAYHOME dan hantar ke talian 2222
Notifikasi akan dihantar untuk setiap pengaktifan yang berjaya.

Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman TuneTalk.


loading...