Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Untuk Kategori B40 & M40 |Pakej Ransangan Ekonomi Rakyat

Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Ia melibatkan pemberian wang tunai yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Berikut adalah info lanjut tentang BPN, semakan, kelayakan, serta cara membuat permohonan.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)


Kategori yang layak menerima adalah seperti berikut:

A. Kategori B40

1) Isi Rumah
Kahwin atau
Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang ada melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
Pendapatan isi rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang
Bujang atau ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang tidak melaporkan maklumat anak pada permohonan BSH 2020 dan
Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun dan ke atas) dan
Pendapatan bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

B. Kategori M40

Kategori yang layak menerima BPN M40 adalah pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM dengan berstatus seperti berikut:

1) Isi Rumah
Kahwin atau 
Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda berdasarkan data percukaian dan
Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini

2) Bujang
Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian dan
Had umur adalah 21 tahun dan ke atas dan
Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP),
Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


JUMLAH DAN JADUAL BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN) YANG AKAN DITERIMA


Jumlah bayaran yang akan diterima adalah secara one-off seperti berikut:

A. Kategori B40
(Isi Rumah berpendapatan RM0 – RM4,000)
Bayaran pertama RM1,000 (April)
Bayaran kedua RM600 (Mei)

B. Kategori M40
(Isi rumah berpendapatan RM4,001 – RM8,000)
Bayaran pertama RM500 (April)
Bayaran kedua RM500 (Mei)

C. Bujang berpendapatan RM0 – RM2,000
Bayaran pertama RM500 (April)
Bayaran kedua RM300 (Mei)

D. Bujang berpendapatan RM2,001 – RM4,000
Bayaran pertama RM250 (April)
Bayaran kedua RM250 (Mei)

Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


KAEDAH BAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN)

A. Kategori B40

Kaedah bayaran BPN B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

1) Ada maklumat akaun -
bayaran adalah secara kredit ke akaun atau

2) Jika status bayaran adalah gagal kredit-
bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional

3) Tiada akaun -
bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

B. Kategori M40

Kaedah bayaran BPN M40 adalah seperti berikut:


1) Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan

2) Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah

3) Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN & SEMAKAN STATUS PENERIMAAN BPN


Penerima yang layak menerima boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020.

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40 -
senarai penerima BSH yang diluluskan dan

2) Untuk M40 -
senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Bagi yang belum mendaftar atau tiada nama dalam rekod, anda boleh mula membuat permohonan bermula 1 April 2020 di ketiga-tiga laman web di atas SAHAJA.

MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, hubungi Kementerian Kewangan Malaysia atau Lembaga Hasil Dalam Negeri seperti yang tertera di bawah :

Permohonan Dan Semakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

loading...