Pesawat Lion Air Bawa Pasukan Perubatan COVID-19 Terbakar Lalu Meletup di Filipina.

Pesawat Lion Air Bawa Pasukan Perubatan COVID-19 Terbakar Lalu Meletup di Filipina.

Sebuah pesawat Lion Air yang membawa pasukan perubatan COVID-19 dilaporkan terbakar dan meletup di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino (NAIA) jam 8 malam, Ahad (29 Mac 2020) waktu tempatan.

Pesawat RPC 5880 itu membawa lapan penumpang yang terdiri daripada anggota perubatan, jururawat, doktor, tiga anak kapal, seorang pesakit warga Kanada dan teman pesakit warga Amerika.

Menurut laporan awal, pesawat terbabit yang digunakan sebagai ambulans udara oleh Jabatan Kesihatan Filipina mahu berlepas ke Jepun, dan bertindak sebagai aset penting dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19.

Bagaimanapun Kementerian Kesihatan negara itu menafikan bahawa pesawat itu digunakan sebagai membawa bekalan perubatan ke lokasi penularan wabak COVID-19 di Filipina.

“Landasan itu ditutup sementara, pasukan penyiasat daripada Lembaga Siasatan Kemalangan Pesawat, Pihak Berkuasa Penerbangan Filipina sedang mengenal pasti punca kejadian,” ujar satu kenyataan rasmi daripada Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA).

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya kira-kira jam 9.02 malam waktu tempatan.
loading...