Petua Buang Toksin Dan Racun Dalam Badan Hanya Menggunakan Bawang Putih
Badan selalu keletihan? Terasa Berat? Tidak bermaya? Selalu mengantuk? Badan anda mungkin penuh dengan toksin dan racun.
Bawang putih merupakan salah satu makanan sihat yang perlu anda amalkan sebagai rutin harian. Bawang putih kaya dengan vitamin, mineral, enzim yang diperlukan oleh tubuh badan serta mempunyai banyak manfaat dari sudut kesihatan.
Antara manfaat bawang putih adalah :
1. Menewaskan setiap jenis jangkitan kerana bawang putih mempunyai kandungan anti bakteria yang kuat.
2. Melawan dan mencegah pelbagai jenis kanser.
3. Mengubati masalah pencernaan, menurunkan kadar kolestrol, dan meredakan selsema.
Bawang putih juga dapat membersihkan tubuh badan anda dari racun dan membantu anda menyelesaikan segala jenis penyakit yang anda hidapi.
Berikut adalah cara-cara mengolah bawang putih untuk mengeluarkan racun dalam tubuh.
1. Potong atau kisar beberapa hirisan bawang putih.
2. Tambahkan sedikit air dan masukkan perahan air lemon dan amalkan setiap malam sebelum tidur.
Ulangi prosedur ini setiap hari dan minum banyak air setiap hari untuk menyingkirkan toksin-toksin dari tubuh badan serta mengubati pelbagai jenis penyakit.
Semoga perkongsian dapat membantu anda yang sering keletihan akibat badan dipenuhi toksin dan racun. Jangan lupa sesekali lakukan senaman untuk keluarkan peluh kerana toksin dan racun keluar melalui peluh.
loading...



0 Ulasan