SOP Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 1 April

Bermula 1 April 2020, SOP baru Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

Berikut adalah senarai SOP Baru Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Senarai SOP Fasa Kedua Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 1 April

1. Operasi semua premis perniagaan menjual barangan keperluan asas dan komoditi ditetapkan dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

2. Operasi perkhidmatan kenderaan awam dihadkan dari 6 pagi hingga 10 pagi dan 5 petang hingga 10 malam sahaja.

3. Perkhidmatan pengangkutan e-Hailing dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam.

4. Perkhidmatan komersial digalakkan beroperasi dan dihadkan pada jam 7 malam hingga 7 pagi.

5. Untuk kereta hak milik persendirian hanya dibenarkan seorang sahaja berada di dalam kenderaan sewaktu menuju destinasi yang dituju

6. Penghantaran makanan atau barang ke rumah hanya dari 8 pagi hingga 8 malam.

7. Restoran dan kedai makan hanya dibenarkan buka dari 8 pagi hingga 8 malam dan hanya boleh dibungkus oleh pelanggan.

8. Stesen minyak hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam.

9. Untuk aktiviti riadah dan sosial di luar rumah, tidak dibenarkan sama sekali termasuk di dalam kawasan persendirian juga berpagar.

10. Untuk Autisme dan OKU, dibenarkan menjalani terapi di luar rumah tetapi tidak secara berkumpulan.

11. Mana mana rumah ibadat tidak dibenarkan dibuka sama sekali.

12. Harga syiling topeng muka ditetapkan pada RM1.50

SOP baru fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan ini diguna pakai dari 1 April 2020 hingga 14 April 2020 (bergantung kepada tempoh Peeintah Kawalan Pergerakan semasa)

Walaubagaimana pun, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa SOP baru fasa kedua PKP ini tidak sama dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) atau perintah berkurung yang mana untuk PKPD, isi rumah yang menduduki kawasan PKPD tidak dibenarkan sama sekali keluar dari rumah.
loading...