COVID-19 | Di Balik Maskot Hello Kitty Yang Menghibur Kanak Kanak, Tersimpan Kisah Sedih Si Pemakai

Di Balik Maskot Hello Kitty Yang Menghibur Kanak Kanak, Tersimpan Kisah Sedih Si Pemakai

Kepada anda yang pernah ke Pantai Teluk Cempedak, Pahang terutama bersama keluarga dan anak anak di musim cuti persekolahan, mungkin pernah terserempak dengan maskot Hello Kitty pink yang menghiburkan kanak kanak yang bermain main di sekitar Pantai Teluk Cempedak...

Di Balik Maskot Hello Kitty Yang Menghibur Kanak Kanak, Tersimpan Kisah Sedih Si Pemakai

Kanak kanak tentu tertarik dengan maskot comel Hello Kitty tu, bukan saja kanak kanak, orang dewasa terutama wanita juga tentu terhibur dengan gelagat comel maskot Hello Kitty tersebut.

Tetapi....
Tak ramai yang tahu siapa di balik Maskot Hello Kitty pink tersebut dan kisah sedih didalamnya....

Tahukah anda, pemakai maskot Hello Kitty itu dipakai oleh seorang wanita warga emas berusia 57 tahun, Siti Endon Ismail...
Dengan maskot itulah, Siti Endon mencari sesuap nasi dengan menghibur kanak kanak di Teluk Cempedak.

Hello kitty teluk cempedak

Seperti semua sedia maklum, penularan COVID-19 memaksa kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan aktiviti luar sewaktu PKP, dan semestinya memberi kesan kepada ekonomi semua orang khususnya di Malaysia, tidak terkecuali Siti Endon Ismail.

Siapa sebenarnya Siti Endon Ismail???

Siti Endon Ismail adalah ibu tunggal dari Kampung Tengah. Beliau hanya tinggal sendirian ditemani 50 ekor kucing peliharaannya....

Menurut Siti Endon, dari maskot tersebut, biasanya beliau dapat meraih RM30 sehari dan cukup untuk dirinya sendiri selain bantuan RM300 sebulan dari Majlis Agama Islam dan Melayu Pahang.

“Teluk Cempedak sering dipenuhi pengunjung ketika cuti sekolah, saya bercadang ingin meraih pendapatan yang cukup untuk membeli kostum baru bagi menggantikan kostum yang telah lusuh.
“Tapi malangnya disebabkan wabak Covid-19, pantai tersebut ditutup. Ibarat mimpi ngeri kerana cuti sekolah adalah peluang keemasan bagi saya untuk memperoleh sedikit wang tambahan,” katanya.

Hello kitty teluk cempedak

Menurut Siti Endon lagi, sebelum PKP, beliau berhasrat untuk membeli kostum baru doraemon dari Kuala Lumpur sempena cuti sekolah nanti kerana kustom Hello Kitty yang dipakainya selama ini sudah lusuh. Tetapi penularan wabak Covid-19, merencatkan perancangannya malah pendapatan hariannya juga terjejas disebabkan Pantai Teluk Cempedak ditutup akibat COVID-19.

“Saya tertanya-tanya apa yang maskot lain (rakan-rakan) lakukan tanpa sebarang pendapatan ketika ini. Mungkin mereka cari kerja yang lain?
“Saya rindu untuk berjalan di sepanjang pantai dan bergaul dengan kanak-kanak. Ia membuatkan saya berasa muda seperti mereka,” ujarnya.


loading...