12 Orang Positif Covid
Selepas Menggunakan Mesin Dobi Layan Diri 

12 positif Covid selepas menggunakan dobi layan diri

Dobi layan diri tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa pada awal PKP dahulu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memaklumkan, larangan itu adalah bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di premis berkenaan.

Namun, Selepas 55 hari, peniaga dobi layan diri lega kerana dapat membuka perniagaan, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu.

Biarpun akur sumber pendapatan terjejas sepanjang tempoh itu, mereka gembira kerana dapat kembali memulakan perniagaan selepas kerajaan Pahang membenarkan premis perniagaan beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi pemilik 2ULaundry di Air Putih, di sini, Sahmudin Kadir, 53, keputusan membenarkan perniagaan dobi layan diri dibuka sememangnya dinantikan.

Katanya, walaupun perlu mengikut SOP yang ditetapkan, dia tidak menghadapi masalah berbuat demikian selepas terpaksa menutup perniagaan dalam usaha menyekat penularan COVID-19.

“Sejak beberapa hari lalu saya mula menampal poster berkaitan COVID-19 dan menampal pelekat bagi penjarakan sosial satu meter seperti yang ditetapkan.

“Selain itu, saya turut membeli alat pengesan suhu dan cecair pembasmi kuma serta menyediakan sabun basuh tangan untuk memastikan pekerja dan pelanggan yang datang bebas wabak itu.

“Saya juga akur hanya dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam berbanding 8 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya.

Pemilik Sweety Laundry, Salwani Awang, 50, dari Jalan Mat Kilau, berkata pendapatannya
terjejas sepanjang tempoh PKP dan bersyukur kerana dibenarkan membuka kembali perniagaan.

“Saya akan mematuhi segala SOP yang diberikan untuk memastikan penularan COVID-19 dapat disekat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak dalam kenyataan berkata, premis dobi layan diri dibenarkan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam.

Katanya, antara syarat yang perlu dipatuhi ialah pemilik dobi perlu menyediakan cecair pensanitasi tangan.

“Mesin basuh dan mesin pengering perlu dinyah kuman setiap kali digunakan dan menandakan tempat yang dibenarkan pelanggan berada pada sepanjang masa di dalam premis dengan jarak sekurang-kurangnya satu meter"

“Pemilik dobi perlu menyediakan petugas sepanjang operasi bagi pelaksanaan dipatuhi dan juga tidak dibenarkan melipat pakaian"

“Sebarang kesalahan dan pelanggaran pematuhan pengoperasian boleh dikenakan tindakan atau hukuman mengikut salah satu daripada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau Seksyen 101(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) atau kedua-duanya sekali,” kata Dr Sallehuddin.

Pekerja dobi positif Covid-19 selepas sentuh pakaian tercemar, jangkiti 12 mangsa lain


SAINTIS percaya seorang pekerja di sebuah dobi mungkin menjangkiti belasan pelanggan selepas mendapat virus Covid-19 menerusi pakaian yang tercemar.

Wu Zunyou, seorang ahli epidemiologi dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China sedang mengkaji kes seorang pekerja dobi di bandar Shulan yang terletak di wilayah Jilin.

Pekerja wanita berusia 45 tahun itu dilaporkan mempunyai banyak kontak dengan pelancong Rusia antara 8 dan 30 April lalu.

Difahamkan wanita itu turut menjangkiti suami, tiga adik dan juga beberapa ahli keluarga lain.

Kajian menunjukkan kepekatan virus boleh menjadi sangat tinggi di bilik persalinan.

Namun pakar dari Suruhanjaya Kesihatan Nasional dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China dilaporkan sedang mengenal pasti punca jangkitan yang menjangkiti kesemua 13 mangsa.

Wu Zunyou berkata pekerja dobi terbabit mungkin bukan pembawa virus sebenar.

Katanya, wanita itu mungkin dijangkiti pembawa lain yang tempoh inkubasinya lebih lama atau tanpa gejala Covid-19.

loading...