Bahaya Beri Bayi Bawah 6 Bulan Minum Air Masak


Bolehkah beri bayi bawah 6 bulan minum air masak

Menjaga bayi merupakan perkara yang sangat mecabar dan sulit kerana bayi bagaikan barang yang ‘fragile’ memerlukan penjagaan yang teliti. Persedian yang rapi dan ilmu yang mencukupi perlu ada dalam setiap bakal ibu bapa semasa menunggu kelahiran bayi mereka.

Hal ini kerana, banyak perkara yang dianggap remah tetapi sebenarnya memberi impak sama ada baik atau buruk kepada bayi.

Sebagai contoh, terdapat sesetengah ibu bapa mula memberi air masak kepada bayi mereka sama ada untuk membilas mulut setelah minum susu dan merasakan bayi mereka tidak kenyang dengan hanya meminum susu ibu atau susu formula. Namun mereka tidak mengetahui perkara ini boleh menjejaskan kesihatan bayi sehingga membawa maut.

Risiko Memberikan Air Masak Kepada Bayi

Jika diberikan air masak, bayi berusia di bawah 6 bulan dapat berisiko mengalami beberapa gangguan kesihatan, di antaranya:

1. Perut kembung
Memberikan air masak kepada bayi dapat membuat perutnya terasa kembung, ini kerana sistem pencernaannya belum mampu menyerap cairan dengan baik. Selain dari itu, saiz organ dalam bayi juga masih kecil dan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak di perutnya.

2. Keracunan
Jika bayi Anda mengambil susu formula, gunakanlah air yang telah dimasak hingga matang dengan suhu minima 80°C, lalu dinginkan sebelum diberikan kepada bayi. Penggunaan air yang tidak dimasak dan tidak bersih dapat meningkatkan risiko bayi terkena keracunan.

Jila anda menggunakan air mineral, pastikan untuk melihat kandungan mineralnya terlebih dahulu. Jangan pilih air mineral yang mengandung terlalu banyak natrium maupun sulfat. Periksa label kandungan dan pastikan kadar natrium (Na) tidak lebih dari 200mg per liter dan kadar sulfat (SO atau SO4) kurang dari 250mg per liter.

3. Keracunan air (intoksikasi air)
Memberikan terlalu banyak air masak dapat menyebabkan Si Kecil mengalami keracunan air. Ini dapat terjadi ketika kadar garam (natrium) dalam darahnya menurun terlalu banyak, sehingga mengganggu keseimbangan elektrolit di dalam tubuhnya.

Gejala yang muncul apabila bayi mengalami keracunan air adalah muntah, cirit, dan tubuhnya terlihat membengkak. Keadaan ini perlu diperhatikan kerana dapat menyebabkan keadaan kejang pada bayi malah koma.

4. Kekurangan nutrisi
Memberikan air masak dapat membuat bayi merasa kenyang, sehingga keinginannya untuk minum susu ibu atau susu formula jadi berkurang.

Hal ini dapat membuat bayi tidak memperoleh nutrisi yang mencukupi dari susu ibu atau susu formula untuk perkembangan tubuhnya. Akibatnya, Si Kecil berisiko mengalami kekurangan nutrisi dan penurunan berat badan.

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Memberikan Bayi Minum Air Masak


Bayi hanya diperbolehkan untuk diberikan air masak dalam situasi seperti berikut:

Dehidrasi
Jika Si Kecil mengalami dehidrasi, misalnya karena muntah atau cirit birit, demam tinggi, atau muntah-muntah, doktor biasanya akan mengesyorkan untuk memberikan minuman elektrolit khas untuk bayi. Tujuannya adalah untuk menggantikan kembali cairan dan elektrolit yang hilang dari tubuh bayi.

Kehausan
Setelah berusia 6 bulan, bayi boleh diberi air masak apabila si bayi kehausan. Namun, disarankan untuk tidak memberikannya lebih dari 8 senduk makan atau setengah gelas air masak per hari. Tetap utamakan susu ibu sebagai sumber nutrisi utama biarpun bayi sudah berusia di atas enam bulan.

Sudah dapat menerima makanan padat
Bayi boleh diberikan air putih setelah ia berusia 6 bulan dan sudah mula menerima makanan padat seperti nestum. Namun, sebagian doktor mungkin mengesyorkan untuk menangguhkan pemberian air masak pada bayi hingga umur 1 tahun.

Tidak semua minuman sesuai untuk bayi dan anak-anak, terutama yang berusia di bawah 6 bulan. Selain air masak untuk bayi, beberapa minuman lain, seperti teh, minuman bersoda, jus, dan kopi, juga tidak disarankan untuk diberikan kepada bayi.


loading...