Gelang Ajaib Ini Mampu Menghalang Seseorang Dari Di Jangkiti Corona


Gelang Ajaib Corona virus Covid19

Satu video pendek menarik perhatian para nitizen di mana di dalam video tersebut, seorang wanita mendakwa virus Corona dapat di cegah menggunakan gelang ajaib yang
di jual nya.

Yang menjadi persoalan bukanlah gelang berkenaan, namun dakwaan yang mengatakan gelang tersebut mampu melindungi manusia daripada ancaman COVID-19 telah mencetuskan kecaman dan bahan jenaka.

Kehebatan tentang gelang tersebut yang mampu mencegah corona virus dijelaskan menerusi video berdurasi 1.55 minit tersebut.

“Baru dua hari di pasaran.”

“Masa C0VID19 nii ramai orang yang malas mahu makan vitamin tambahan, cara penyelesaiannya ialah lekatkan saja gelang ni dekat tangan.” katanya di dlm video itu

“Supaya jauh daripada Corona Virus.”

“The best protection untuk mencegah C0VID19,” jelasnya lagi.

Rakaman video tersebut kemudian nya telah menjadi sedikit kontroversi apabila dakwaan tersebut disifatkan agak keterlaluan oleh warga netizen.

MENANG NOBEL PRIZE?
Bukan itu sahaja, wanita tersebut juga mendakwa produk gelang CoronaVirus tersebut telah mendapat anugerah Nobel.

Namun, ada juga warga netizen yang menyangkal dakwaan penjual itu oleh sebab katanya bukan senang nak dapat Nobel Prize dan sangat lah tak logik dalam masa dua hari dah dapat anugerah tersebut. Wabak C0vid19 pun baru jer beberapa bulan datang serang kita.

Gelang Ajaib halang Covid19 Corona


CARA PALING SELAMAT CEGAH C0VID19

Buat masa sekarang, cara terbaik untuk menghalang diri kita daripada dijangkiti virus Corona ini adalah dengan amalan penjarakan sosial, pemakaian mask dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Gelang Ajaib cegah Covid19 Corona


Walaubagaimanapun, tindakan wanita tersebut yang mendakwa gelang ajaib yang di jual nya mampu menghalang jangkitan COVID19 di lihat keterlaluan tanpa sebarang bukti saintifik atau perubatan dan cuba mengambil kesempatan di tengah tengah penyebaran virus ini.

Ada juga yang menganggap ia cubaan untuk mengaut keuntungan ‘atas angin’.

Tidak kurang juga yang menggelarnya sebagai seorang ‘sc*mmer’!!


Anda boleh lihat video penuh berkenaan di bawah.


loading...