Kisah Lelaki Malaysia Yang Berjaya Menjana Berbillion Ringgit Dari Facebook Walau Tiada Akaun Facebook


Cara buat duit di facebook

Bagaimana lelaki Malaysia ini buat duit berjuta dollar daripada Facebook walaupun dia sendiri tiada akaun di Facebook.

Kisah benar ini yang terjadi pada tahun 2008.

Siapa ingat dan pernah ada social networking website yang sangat popular dulu iaitu “Friendster”?

Friendster Mark Zuckerberg

Kisahnya bermula pada tahun 2008 apabila Friendster dilaporkan hendak menjual syarikatnya disebabkan membuat kerugian hampir USD10 juta setiap bulan. Walaupun Friendster sangat popular pada masa itu, tetapi syarikat ini tidak membuat keuntungan. 

Sebaliknya mencatat kerugian hampir 10 juta US dollar setiap bulan. Pelabur-pelabur Friendster dah mula rimas dan mula memberikan tekanan yang besar kepada pemiliknya.

Disebabkan tekanan yang dah tak dapat ditahan, pemilik Friendster pun membuat keputusan untuk menjual syarikat ini pada harga USD100 juta. 

Beberapa syarikat besar berminat hendak membeli termasuklah syarikat gergasi dari China, Jepun dan juga syarikat Facebook yang dimiliki oleh Mark Zuckerberg. 

Kenapa Mark Zuckerberg berminat dengan Friendster yang setiap bulan mencatat kerugian?

Ianya disebabkan patent teknologi yang dimiliki oleh Friendster. Mark Zuckerberg dah nampak dari awal, untuk Facebook berkembang pesat dan membuat berjuta juta dollar keuntungan, dia perlu memiliki teknologi payment gateway yang mantap. Dan teknologi ini ada di Friendster.

Tapi kenapa Friendster tak power macam facebook pada masa itu? Sebab Friendster tidak pandai menggunakan database penggunanya yang besar untuk membuat duit seperti apa yang Facebook lakukan hari ini.
 
Disinilah muculnya kebijaksanaan lelaki kelahiran Malaysia ini.... 

Lelaki ini sudah tahu tentang Friendster yang hendak menjual syarikatnya dan dia juga tahu yang Facebook berminat hendak memiliki teknologi yang ada di Friendster.

Tanpa berlengah, lelaki ini yang seorang usahawan memanggil penasihat-penasihatnya dan mereka berbincang. Dia  tegaskan yang mereka harus membuat keputusan tepat dengan segera supaya tidak terlepas peluang keemasan ini. 

Setelah berbincang selama 2 hari, lelaki ini membuat keputusan untuk menawarkan pembelian Friendster pada harga USD38juta tunai dengan syarat pemiliknya menerima tawaran ini secepat mungkin. 

Inginkan transaksi tunai yang cepat, pemilik friendster bersetuju menjual syarikatnya kepada lelaki tersebut. Lagipun ini adalah tawaran yang sangat baik berbanding tawaran pembelian daripada Facebook yang hanya bernilai USD20juta. Hampir 2 kali ganda rendah tawaran dari Mark Zuckerberg.

Satu kejayaan pertama buat lelaki tersebut tetapi dia tahu ini hanyalah permulaan sahaja. Setelah berjaya memiliki Friendster pada tahun 2008, lelaki tersebut terus menghubungi Facebook dan memulakan rundingan tentang penjualan patent teknologi yang sangat diinginkan oleh Facebook.

Beliau tahu Facebook memang sangat-sangat memerlukan teknologi ini. Perbincangan secara video conference dimulakan dengan syarikat Facebook. 

Mark Zuckerberg tetap dengan pendiriannya yang dia hanya akan membayar maksimum USD20 juta sahaja untuk memiliki patent teknologi itu.
Tidak lebih dari itu.

Lelaki tersebut berasa kecewa dengan tawaran ini kerana dia membeli Friendster pada harga USD38 juta. Sedangkan Facebook hanya memawarkan USD20 juta.

Puas berfikir, akhirnya lelaki ini mendapat satu idea. Tapi idea ini sangat berisiko yang mungkin menyebabkan dia kerugian lebih besar lagi.

Beliau bersetuju dengan tawaran Mark Zuckerberg bernilai USD20 juta tetapi dengan satu syarat. Syaratnya dia hendakkan bayaran bukan dalam tunai, tetapi dalam bentuk saham Facebook.

Terkejut beruk tergolek daripada kerusi Mark Zuckerberg mendengar syarat lelaki ini. Terus Mark reply “HELL NO”, “NO WAY you are getting a share in my company”. 

Tetapi lelaki tersebut bertegas, dan menjawab, “kalau kau tak ikut syarat, lupakan saja deal ini. Take it or leave it”.

Setelah beberapa ketika, akhirnya Mark Zuckerberg bersetuju dengan syarat Vincent Tan dan sebagai pertukaran untuk memiliki patent teknologi Friendster, beliau bersetuju untuk memberikan sebanyak 700,000 unit saham Facebook kepada lelaki tersebut.


Saham 700,000 unit ini kemudiannya bertambah menjadi 3.5 juta unit setelah Facebook membuat unit split “5 for 1” beberapa bulan sebelum syarikat Facebook disenaraikan di IPO Bursa Saham di Amerika Syarikat.

Pada tahun 2012, syarikat Facebook telah berjaya disenaraikan di Bursa Saham Amerika Syarikat. Nilai saham Facebook pada waktu itu sudah mencecah hampir USD40 seunit.

Pada waktu inilah lelaki tersebut tahu bahawa dia sudah berjaya membuat pulangan berlipat ganda daripada pelaburan awalnya membeli Friendster pada tahun 2008.

Nilai pegangan saham lelaki tersebut pada hari Facebook disenaraikan di bursa saham adalah “3.5juta unit saham x USD 40 = USD 140 JUTA”.

Jika dikira pelaburan awal sebanyak 38juta USD yang dibuatnya pada tahun 2008, duit lelaki tersebut sudah berkembang sebanyak 268%.

Pada hari ini saham Facebook bernilai USD200 seunit. Jadi nilai pegangan saham lelaki tersebut secara kasarnya sudah menjadi USD700 juta!! Sekiranya ditukarkan kepada ringgit Malaysia jumlahnya hampir RM3 billion

Keuntungan sebanyak 1842% dalam tempoh 12 tahun!!!!

Siapa lelaki yang dimaksudkan?
Beliau adalah Vincent Tan.

Jumlah kekayaan Vincent Tan Forbes

Kalau ada yang tak kenal, beliau merupakan pemilik Berjaya Times Square di Kuala Lumpur.

****************

Kawan-kawan, pengajaran daripada kisah hebat ini adalah:

Untuk menjadi kaya, kita kena rajin mencari peluang. Minda dan hati kita kena besar sebesar impian kita.

Apabila sudah jumpa peluang yang baik, kita kena berani ambil tindakan dan kerjalah sekuat mungkin untuk berjaya. There are so many things in the world we cannot control, but we definitely can control how hard we want to work.

Sabar. Setiap apa yang kita lakukan kita wajib barsabar. Perniagaan/pelaburan yang berjaya perlukan masa. Ibarat pokok yang ditanam, sekiranya berbuah terlalu cepat dahannya akan patah kerana tidak mampu menampung berat buahnya.

Untuk membuka minda, berkawanlah dengan individu yang berjiwa besar. Jangan buang masa dengan individu yang berfikiran negatif.
Change our circle, and the rest will change by itself.

Semoga perkongsian cerita ini memberi inspirasi kepada kita semua. Untuk berjaya, kita harus banyak membaca, tahniah kerana anda berjaya habis membaca sehingga ayat terakhir ini.

Sumber
loading...