Panduan Memberi Nama Anak Dalam Islam Yang Ibu Bapa Perlu Tahu.


Panduan beei nama anak dalam islam

Nama ni sebenrnya penting kerana nabi bersabda kamu akan diseru pada hari kiamat dgn nama kamu dan bapa kamu. Maka perelokkanlah nama nama kamu. 

Antara nama nama elok yg boleh kita beri nama ialah seperti nama nabi nabi, dan nama Asma Ul Husna. Cuma kalau nama Asma Ul Husna tu jgn lupa la letak nama abdul kat depan tu. Dalam hadis nabi ada bersabda : Sebaik2 nama adalah Abdullah dan Abdul Rahman.  

Ada org tanya saya, ada ka apa apa fadhilat letak nama Muhammad dihadapan? Orang Melayu ni sangat sinonim nak letak nama Muhammad kat depan supaya kononnya dapat syafaat di akhirat kelak. Saya kata tak ada fadhilat apa apa pun nak letak nama gitu. Kalau betul nak syafaat,  jagala amalan, rajin rajin la berselawaT dan buatla seperti mana yang nabi ajar. Itu baru betul.. Nak dapat syafaat ni memang tak ada kaitan dgn nama pun.  

Soalan kedua boleh ka kita letak nama anak dengan nama malaikat? Kan nak nampak hebat letak ja nama anak Nik Mikhail.. 

 Mengikut Ulamak Syafieyah nak bagi nama anak dengan nama para malaikat ni hukumnya harus,  tapi sebagaimana kata Qadi Iyadh sebahagian Ulamak memakruhkannya termasukla Imam Malik sendiri. 

Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir fikir lah dulu. Nama ni tak perlu la panjang panjang.. Memadaila satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan. Yang hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul Ula. Bila panggil man jee...  Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak letak huruf..  

Waktu sunat kasi nama anak ni ada hadis yg nyatakan pada hari ke 7 dan ada pulak hadis yg lain kata pada hari pertama. Oleh kerana terdapat 2 hadis yang bertentangan maka
Imam An-Nawawi merumuskan bahawa bagi orang yang tak sempat nak lakukan aqiqah pada hari ke tujuh maka sunat dia letak nama dan tahnik pada hari pertama akan tetapi kalau dia nak buat aqiqah pada hari ke7 barula sunat beri nama anak pada hari tersebut. 

Antara kesilapan lain nak letak nama anak :
1. Letak nama Nur untuk anak perempuan.  Sebenarnya Nur ni nama untuk lelaki.  
2. Letak nama dalam isim faeil atau memberi erti nama pekerjaan, contohnya macam Masyitah. Masyitah ni ertinya tukang sikat rambut atau halwani yang ertinya orang jual kuih.  
3. Nama Zaleha, Zaleha ni sebenarnya tak ada makna pun. Nama asalnya mungkin Zulaikha.  Itupun Zulaikha ni nama israeliyyat
4. Nama yang dipendekkan boleh bertukar makna. Sebagai contoh, saya ada seorang sahabat nama Azani / Izani. Ada sahabat lain panggil nama dia Abg zani. Zani tu sendiri adalah membawa erti yang tidak elok.
5. Ada juga nama yg membawa erti lain kalau salah sebut pendek atau panjang, seperti jamaluddin dan jamaaluddin.  Kalau Jamaluddin ertinya unta agama /جمل الدين,  kalau jamaaaludin جمال الدين pulak , dipanjangkan sikit jamaaal tu barulah maknanya kecantikan agama.  
Kes ni sama juga kalau salah sebutan seperti kadir dan qadir. Kalau kadir maknanya keruh tapi kalau Abdul Qadir maknanya hamba yang Maha berkuasa. Kena ada beza antara qaf dan kaf. 
6. Tak payah la letak nama seperti Bukhari,  Nawawi,  Baihaqi,  Tirmidzi dan sebagainya.  Itu semua nama tempat.  Mungkin suatu hari org akan letak nama kelantani. 
7. Ada juga nama yang nama di idafatkan seperti khairul atau syamsul. Nama tak habis tu pakcik.
L kat belakang tu nak sandar pada apa?  MENGIKUT KAEDAH BAHASA ARAB MEMANG TAK BETUL.  
8. Nak letak nama tu bukan sahaja asalkan bahasa arab. Ada satu kes dulu nama dia muhammad alkhannas.  Alkhannas ni bunyi memang la best,  tapi maknanya anak syaitan bro. So hati hati lah ye.

Adalah dinasihatkan sebelum letak nama anak tu fikir fikir lah dulu.  Nama ni tak perlu la panjang panjang.. Memadai lah satu perkataan atau habis banyak 2 perkataan.  Yg hebatnya ada org yg sampai 3,4,5 perkataan tapi bila panggil nama anak tu tau pulak dia tak panggil kesemuanya. Contoh Muhammad Aiman Firdaus Jannatul Ula. Bila panggil man jee...  Naya anak tu nak tulis nama dia.. Nak nak bila isi borang.. Tak cukup kotak pulak nak buh huruf..

 Kalau boleh cari la nama yg baik untuk kita letak nama anak anak, kerana itu juga adalah merupakan doa buat mereka.  Sekian dulu. 

Nik Nizam Nasir
Pej Agama Jajahan Tumpat

Sumber
loading...