'Rancangan Dokumentari Islam Jejak Rasul Menyesatkan' - Agamawan

Rancangan Jejak Rasul Menyesatkan

Umum mengetahui, program dokumentari,
Jejak Rasul merupakan antara rancangan televison popular yang sering dinanti-nantikan penonton setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan.

Selain menyingkap sejarah para nabi, program ini turut membawa penonton melihat perkembangan serta susur galur Islam dari dulu hingga kini.

Bagaimanapun, bagi hosnya, Fedtri Yahya mendedahkan program tersebut pernah juga menerima kritikan daripada segelintir ‘golongan agamawan’ meskipun sudah 26 tahun bersiaran.

Menurut Fetri lagi, program yang mengetengahkan tempat-tempat bersejarah Islam itu turut pernah dilabel ‘sesat’ dalam satu khutbah Jumaat.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat program Jejak Rasul mempunyai keistimewaannya tersendiri yang menyebabkan mereka mampu bertahan sehingga kini.

Rancangan Jejak Rasul Sesat

Program Jejak Rasul bersiaran tiga kali seminggu iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 6.30 sehingga 7.00 petang di TV3.


****************

Dimana sesatnya Jejak Rasul ni??
Rasanya Jejak Rasul ni cuma berkisar tentang sejarah sejarah dunia Islam.
Pelik la yang duk kata Jejak Rasul ni sesat... Golongan agamawan pula tu.
loading...