Sajat Beri Bantuan Kepada Orang Susah
Ikut Cara Ustaz Ebit Lew. Ini Komen Para Nitizen



Sajat tiru ustaz ebit lew beri bantuan kepada orang susah

Ustaz Ebit Lew... Satu nama yang rasanya 1 Malaysia kenal. Satu ustaz cina mualaf yang banyak memberi bantuan kepada orang susah terutama sewaktu pandemic COVID-19 yang melanda negara. Bantuan yang diberikan bukan hanya sekadar menghantar wakil, malah Ustaz Ebit Lew sendiri turun padang datang ke setiap lokasi mereka yang berada dalam kesusahan walau terpaksa meredah hutan semak.

Bantuan yang diberikan kepada mereka mereka juga bukan serakat bantuan wang juga keperluan, malah Ustaz Ebit Lew sanggup sewakan rumah kepada mereka yang sangat memerlukan.
Itulah Ustaz Ebit Lew.

Walaubagaimanapun, post ni bukan nak cerita tentang Ustaz Ebit Lew.... Tapi tentang seorang usahawan yang juga terkenal 1 Malaysia... Terkenal sebab apa malas nak cerita, rasa semua dah tahu.. Usahawan tersebut bernama Sajat..

Si Sajat ni dengan tiba tiba meniru seperti apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew iaitu turun padang memberi bantuan kepada orang orang susah... Tiba-tiba..... Sesuatu yang menghairankan... 😂

Sajat tiru ustaz ebit lew beri bantuan kepada orang susah

Perkara ini mendapat perhatian jemaah nitizen apabila Sajat memuat naik video yang menunjukkan dirinya cuba membantu orang susah di sekitar kawasan Johor. Erti kata lain, Sajat ikut cara Pendakwah Bebas, Ebit Lew yang sentiasa dan banyak membantu orang susah.


Antara bentuk bantuan yang diberikan adalah duit sumbangan sebanyak RM200, barang keperluan harian seperti beras, kicap, Milo dan banyak lagi. Malah, dirinya cuba lakukan kebaikan seperti ini pada setiap bulan.

Lihatlah video yang dikongsikan sepanjang proses membantu dua buah keluarga keluar dari kesulitan hidup. Apa yang Sajat sumbangkan adalah mencari dan memberikan rumah sewa yang dibiaya sepenuhnya serta diberikan kelengkapan rumah yang lengkap untuk memberi keselesaan untuk membesarkan anak si kecil.

“Tolong pun tak dapat pahala..”

Susulan video Sajat beri bantuan kepada orang orang susah, maka seperti biasa, berduyunlah para nitizen tak kira yang suka atau tak suka dengan si Sajat ni meninggalkan komen mereka.
Antara komen yang ditinggalkan....


Walaubagaimanapun, manusia tidak berhak menjatuhkan hukum kepada manusia yang lain  dengan apa yang manusia itu buat.... Kerana hanya Allah yang berhak menjatuhkan hukum terhadap apa segala perbuatan manusia.

Doakan yang terbaik

Walau apa pun niat Sajat dan apa yang dia dah lakukan sebelum ni, sebaiknya jangan kita terlalu cepat menghakimi pahala dan dosa seseorang kerana itu adalah rahsia Allah.

Antara Komen Netizen Tentang Sajat Memberi Bantuan Kepada Orang Miskin

Sajat tiru ustaz ebit lew beri bantuan kepada orang susah
Sajat tiru ustaz ebit lew beri bantuan kepada orang susah

Daripada kita sibuk dosa dan pahala orang lain, lebih baik cermin diri kita. Setakat ini apa yang kita sudah lakukan untuk keluarga, masyarakat dan negara. Sebaiknya, doakan yang terbaik untuk Sajat supaya dia berubah mengikut fitrah asal...

Sajat tiru ustaz ebit lew beri bantuan kepada orang susah

Salam ramadhan
loading...