Huawei Y6P Smartphone Berteknologi Tinggi Pada Harga Mampu Milik

Spesifikasi handphone Huawei Y6P


Huawei antara pengeluar telefon pintar atau smartphone yang mempunyai ramai peminatnya di Malaysia. Ini adalah disebabkan HUAWEI menawarkan peranti yang tidak kalah teknologinya dengan pengeluar pengeluar smartphone yang lain tetapi pada harga yang sangat mampu milik!

Meh sini, kami jelaskan spec spec HUAWEI Y6P ini dan kenapa korang patut dapatkan smartphone ini yang berharga RM559 sahaja!

1. Kapasiti Bateri Besar 5,000 mAh

Handphone Huawei Y6P Spec harga

HUAWEI Y6P hadir dengan kapasiti bateri bersaiz 5,000 mAh yang membolehkan penggunaan sehingga lebih dari 10 jam yang pernah direkodkan oleh HUAWEI Y9s sebelum ini dengan kapasiti hanya 4,000 mAh sahaja. Ia termasuk dengan penggunaan internet dan permainan video lebih 9 jam dan mendengar muzik sehingga 1 jam tanpa henti setiap hari. Memang besar giler kapasiti bateri dia dan of course tahan lama!

2. ‘Style OOTD’ Yang Besar
Bukan itu sahaja, korang dapat ber ‘OOTD’ dengan rekaan yang unik oleh HUAWEI Y6P dihadirkan dengan tiga warna yang berbeza. Reka bentuk dan warna menambah lagi daya tarikan untuk rekaan Y6P ini.

Handphone huawei Y6P Spec harga
Emerald Green

Handphone huawei Y6P Spec harga
Phantom Purple

Handphone huawei Y6P Spec harga
Midnight Black

3. Skrin Besar 6.3-inci 
Tidak cukup dengan bateri berkapasiti besar, HUAWEI Y6P turut didatangi dengan skrin yang besar bersaiz 6.3 inci dan resolusi 1,600 x 720 bersama teknologi TFT LCD yang memberikan paparan yang jelas, warna yang lebih menarik dan pengalaman yang begitu menarik.

HUAWEI Y6P juga memberi kualiti gambar yang menarik dengan paparan yang mempunyai takut kecil yang memuatkan lensa berswafoto 8MP.

Untuk kamera belakang pula, korang boleh menikmati 13MP utama untuk bergambar dengan seluruh ahli keluarga, 5MP sudut lebar dan 2MP depth. Sesuai dengan teknologi terkini, peranti ini juga dihadirkan dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti.


Malah, kalau korang ‘kaki’ TikTok juga akan menjadi lebih menarik dan menyeronokkan kerana setiap pergerakan dan tindakan dapat ditangkap dengan jelas.

4. Mempunyai Kapasiti Storan Sehingga 64GB Tambahan Lagi 15GB

Korang dah tak perlu risau untuk simpan gambar dan video dalam peranti korang kerana HUAWEI Y6P berkapasiti besar sehingga 64GB dan tidak cukup dari itu ada tambahan pula sebanyak 15GB. Korang boleh simpan gambar dan video sebanyak yang boleh tanpa memikirkan storan cukup atau tidak. 

Seperti peranti HUAWEI yang lain juga, ia hadir dengan AppGallery melalui perisian EMUI 10.1 berasaskan Android 10.

Dalam aplikasi tersebut mempunyai banyak aplikasi penting dan menarik termasuklah Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, Touch n go e-wallet, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi di AppGallery!

Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.


loading...