Statistik Masalah Disiplin Di Sekolah Menengah Kebangsaan SMK


Statistiknmasalah disiplin di sekolah menengah kebangsaan SMK

Pada tahun 2017, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 402 buah sekolah di seluruh negara mempunyai banyak kes disiplin termasuk penyalahgunaan dadah.

Selangor mencatat jumlah masalah disiplin tertinggi dalam senarai, sebanyak 76 buah sekolah yang masing-masing terbahagi kepada dua kategori iaitu : 
1. Masalah disiplin (kategori 1) dan
2. Penyalahgunaan dadah (kategori 3).

Kedua tertinggi adalah Johor dengan 63 buah sekolah (hanya tersenarai dalam kategori 3).

Negeri Sembilan (40 buah sekolah yang lima daripadanya tergolong dalam kategori 3 iaitu penyalahgunaan dadah)

Sementara Pulau Pinang dan Pahang masing masing mencatat 37 buah sekolah yang mempunyai masalah disiplin setiap satu.

Daripada 37 buah sekolah di Pulau Pinang, sembilan daripadanya adalah daripada kategori 3 dan Pahang sebanyak tujuh buah sekolah.

Walaupun hanya mempunyai 22 buah sekolah yang tersenarai di Kuala Lumpur, kesemuanya diklasifikasikan mempunyai masalah penyalahgunaan dadah.

Tiada sekolah dari Sabah yang dilaporkan terlibat dalam senarai ini.

Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid memberitahu media bahawa kerajaan akan menggunakan pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) untuk menangani masalah sekolah yang mempunyai masalah disiplin di kalangan pelajar ini.

Beliau berkata, sekolah-sekolah ini telah dikenal pasti dengan masalah disiplin, penyalahgunaan dadah dan jenayah, serta kadar ketidakhadiran yang tinggi.

Satu jawatan kuasa telah ditubuhkan di peringkat kementerian dengan kerjasama polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), NGO dan alumni sekolah sebagai usaha untuk menangani masalah ini.

Berikut merupakan senarai penuh sekolah-sekolah menengah kebangsaan (SMK) yang paling banyak mempunyai kes disiplin di Malaysia.

Statistik masalah disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan





Statistik masalah disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan




Statistik masalah disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan



loading...