Penipuan Terbesar Produk
Detox Foot Pad

Detox foot pad

Semua mesti pernah dengar tentang DETOX PAD atau DETOX FOOT PAD. Ia merupakan pad yang diletakkan pada tapak kaki dipercayai mampu membuang toxin atau asid dalam badan. Produk ini banyak dijual di farmasi farmasi, pasar malam juga banyak. Pengguna DETOX PAD ini juga tidak kurang ramainya.

Cara penggunaan pad tersebut adalah mudah iaitu melekatkan pad itu di tapak kaki ketika tidur pada waktu malam. Dikatakan ketika mana pad itu melekat di kaki, ia akan menyerap segala toxin daripada badan. Logam berat seperti mercury dan juga plumbum juga dikatakan dapat diserap oleh pad ini daripada badan.
Alhasil dikatakan badan akan terasa ringan dan sihat keesokan hari selepas bangun tidur. 

Disini saya ingin memberi beberapa penerangan berkenaan DETOX PAD:

Bagaimana Detox Pad boleh jadi hitam dan basah apabila ditekap di bawah tapak kaki?

Ingin saya beritahu, bahan yang selalu diletakkan di dalam detox pad adalah 'bamboo vinegar' dan 'wood vinegar' yang tinggi dengan kompaun phenol.

Ketika mana penghasilan arang daripada kayu dan buluh, proses itu juga menghasilkan bahan lain yang dipanggil sebagai 'bamboo and wood vinegar'.

Di dalam bahan ini ia mengandungi kompaun phenol yang banyak hasil daripada penguraian kompoun lignin. Lignin pula merupakan salah satu komponen dalam dinding sel tumbuhan.

Perlu diketahui bahawa kompaun phenol merupakan kompaun yang suka menyerap air (Hygroscopic). Jika kita letak kompoun phenol yg kering di dalam udara biasa untuk beberapa ketika, maka kompoun itu akan jadi melekit kerana ia menyerap air daripada udara. Sama seperti gula, jika kita letak ia diluar bekas, gula itu akan jadi melekit disebabkan ia menyerap air daripada udara sekeliling.

Selain daripada itu, dalam pad itu juga ada diletakkan daun teh ataupun bahan-bahan yang akan mengeluarkan warna hitam apabila basah. Gabungan bahan ini, akan menyebabkan detox pad senang untuk menyedut kelembapan dalam udara dan membuatkan ia bertukar kepada warna gelap atau hitam.

Eksperimen Detox Pad Dalam Dan Luar Negara

Banyak pembuktian dan eksperimen yang telah dilakukan di dalam dan luar negara menunjukkan detox pad masih akan berubah kepada warna kehitaman apabila diletakkan pada air. Walaupun air yang digunakan itu merupakan air suling. Salah satu caranya adalah meletakkan pad tersebut dibawah wap air yang sedang panas. Wap tersebut akan menukarkan warna pad itu kehitaman.

Jadi disini menimbulkan keraguan jika Detox Pad yang diletak di tapak kaki dan berubah menjadi hitam benar benar disebabkan toksin dalam badan.

Disini kami ingin menegaskan lagi sekali bahawa, perkara itu terjadi disebabkan adanya bahan yang menyerap air di dalam produk tersebut berserta bahan-bahan lain yang mempunyai warna yang gelap. Apabila detox pad menyerap air, bahan tersebut akan menjadi melekit serta berair yang menyebabkan bahan gelap tadi mengeluarkan warnanya.

Tiada Kajian Secara Klinikal Yang Menunjukkan Detox Pad Membantu Menyihatkan Badan

Review berkenaan detox pad telah pun dibuat oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan menunjukkan tiada bukti yang detox pad boleh membantu di dalam kesihatan badan manusia.

Boleh rujuk link ini untuk rujukan kepada perkara tersebut:


Banyak kebaikkan yang berlegar di dalam internet merupakan testimoni yang berat sebelah sahaja. Tiada lagi kajian yang benar-benar konkrit untuk menunjukkan kelebihan Detox Pad mengeluarkan toksin dari badan dan meningkatkan kesihatan.

Penjualan Detox Foot Pad Telah Pun Dipulaukan di Amerika

Pada November 2010, Federal Trade Commision (FTC) telah pun membawa kes ini ke Mahkamah dan Hakim memutuskan untuk memulaukan semua produk Detox Foot Pad brand Kinoki yang dihasilkan oleh syarikat Xacta 3000. Mengikut bukti yang ada, Detox pad tersebut tidak dapat dibuktikan mampu merawat penyakit, mengeluarkan toksin mahupun memperbaiki kesihatan manusia.

Menurut FTC ketika memberi keterangan, pihak defendan telah memberi maklumat palsu  dimana mereka mengatakan produk mereka mampu mengeluarkan toksin berserta logam berat daripada badan. Malah dikatakan produk mereka mampu memberi kesihatan kepada si pemakainya. Disebabkan itu, Hakim menyuruh syarikat Xacta membayar sebanyak 14.5 juta dollar di atas penipuan yang dijalankan ke atas produk mereka

Boleh Rujuk link ini

***Federal Trade Commision (FTC) merupakan salah satu pertubuhan yang berfungsi untuk
melindungi hak pengguna daripada penipuan

Kesimpulan
1) Detox pad tidak terbukti baik untuk kesihatan
2) Mereka hanya menggunakan sifat bahan phenol sahaja di dalam ‘bamboo vinegar’ yang sangat suka menarik air
3) Hitam pada detox pad tersebut bukan toksin. Ia hanya kelembapan yang diserap oleh kompoun phenol

Harap perkongsian ini bermanfaat.
loading...