Lima Filem P. Ramlee Yang Tidak Pernah Ditayangkan Di TV


Filem P. Ramlee Yang Tidak Pernah Ditayangkan Di TV

P. Ramlee, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi siapa orangnya. Seluruh rakyat Malaysia mengenali seniman agung tanah air ini menerusi filem filem 'evergreen' nya.

Filem filem lakonan Allahyarham tidak pernah jemu ditonton oleh setiap lapisan masyarakat walau sudah beratus kali di tonton terutama filem filem bergenre komedi seperti filem Do Re Mi dan Bujang Lapok.

Jika filem filem komedi Allahyarham tidak pernah jemu ditonton, filem filem serius juga tidak kurang hebatnya yang mana penuh dengan kata kata sindiran dan nasihat seolah olah pemikiran beliau melangkaui zaman. Manakan tidaknya, kata kata Allahyarham dalam lakonannya berlaku dan menjadi kenyataan pada hari ini.

Bercerita mengenai filem filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, ramai yang tidak tahu bahawa terdapat 5 filem lakonan beliau yang tidak pernah ditayangkan di televisyen atas sebab sebab tertentu.

Dibawah adalah lima filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang tidak pernah ditayangkan.

1. BAKTI (1950) arahan L. Krishnan

Filem p. Ramlee bakti

Filem pertama yang menampilkan P. Ramlee sebagai hero. P. Ramlee berlakon sebagai Nasir, dan nama ini juga diberikan kepada anak sulungnya yang dilahirkan pada tahun 1953. Heroin filem ini adalah Kasma Booty.

2. GELORA (1970) arahan P. Ramlee

Filem p. Ramlee Gelora

Dilakonkan oleh Sarimah, Arman Yadi, Isma Rubee dan P. Ramlee. Filem ini agak kontroversi kerana memaparkan babak-babak intim yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa.

3. SABARUDIN TUKANG KASUT (1966) arahan P. Ramlee

Filem p. Ramlee sabaruddin tukang kasut

Filem ini berkonsepkan kisah ‘1001 Malam’ dan bercorak komedi. Ia mengandungi banyak sindiran tajam kepada pemerintah. Namun ia boleh dijadikan iktibar untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di muka bumi ini.

4. MELANCHONG KA-TOKYO (1964) arahan Ramon A. Estella

Filem p ramlee melanchong ka-tokyo

Filem Melayu pertama yang dibuat penggambaran di Tokyo, Jepun. Sebagai tarikan, filem ini telah dibuat dalam bentuk tatawarna (Eastmancolor). Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dijemput sebagai pelakon undangan dalam filem ini bersama-sama isterinya, Saloma.


5. SITORA HARIMAU JADIAN (1964) arahan P. Ramlee

Filem p ramlee sitora harimau jadian

Filem arahan pertama P. Ramlee di Kuala Lumpur setelah berhijrah dari Singapura. Filem ini bercorak seram/horror yang terinspirasi daripada filem Werewolf of London (1935). Idea membuat filem ini tercetus selepas P. Ramlee melawat studio Merdeka yang terletak di sebelah Zoo Negara.

Filem p ramlee sitora harimau jadian

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan filem-filem ini tidak dapat ditayangkan di televisyen.

Antara sebabnya ialah salinan filem hilang seperti filem Bakti, Melanchong Ka-Tokyo dan Sitora Harimau Jadian. Mastercopy filem Melanchong Ka-Tokyo dipercayai telah musnah dalam satu peristiwa banjir di studio Jalan Ampas pada tahun 1966.

Sitora Harimau Jadian dipercayai mempunyai unsur tahyul yang keterlaluan. Salinan filem ini juga dipercayai telah lenyap tanpa sebarang jejak. Salinan filem Sabarudin Tukang Kasut pula berada dalam kualiti yang agak rendah. Tahap audio dan visualnya sangat menyedihkan. Dalam VCD originalnya tertulis “Keadaan Gambar & Suara Kurang Memuaskan. Harap Maaf.”


Filem Gelora mengandungi unsur seks yang hanya sesuai ditonton oleh penonton dewasa. Jadi tidak hairanlah ia tidak keluar di kaca TV. 5 filem ini boleh dikategorikan sebagai filem-filem ‘rare’ yang melibatkan P. Ramlee sebagai pelakon dan pengarah. 
loading...