Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. Admin kongsikan kepada anda Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung.
Untuk pengetahuan, rambut sama seperti kulit yang memerlukan sinar matahari pagi untuk mendapatkan rambut yang sihat bersinar.
Untuk wanita yang bertudung, perlu di ketahui, rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu pagi. Menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut sebelum memakai tudung? Ops, pengering rambut salah satu punca rambut menjadi rosak.
Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah
Sesetengah pendapat wanita yang bertudung mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? Kelemumur? Berminyak? Semua boleh sorok bila bertudung. Betul, tetapi bukan kah jika rambut yang berkutu, berkelumumur, dan berminyak membuatkan seseorang itu tidak selesa dan kulit kepala sentiasa terasa gatal apalagi bila sudah memakai tudung?
Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita dan ia mampu menunjukkan personaliti diri walaupun bertudung.
Di bawah, beberapa tips penjagaan rambut untuk wanita yang bertudung.
1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.
2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau.
3.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika anda banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap haba sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh juga merosakkan rambut akibat haba cahaya matahari yang terperangkap di dalam tudung.
4. Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi atau basahkan rambut sebaik sahaja sampai di rumah.
5. Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.
6. Elakkan memakai tudung ketika rambut anda basah. Keadan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.
7. Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dgn penggunaan produk yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/ tonik ( selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung
loading...



0 Ulasan