Vaksin Covid-19 Akan Diedar Kepada Rakyat Miskin Dahulu


Vaksin Covid-19 Akan Diedar Kepada Rakyat Miskin Dahulu
Vaksin Covid-19

Menurut sumber Hmetro mengatakan bahawa vaksin untuk cov-19 yang masih di peringkat ujian klinikal dijangka akan diberikan kepada negara miskin terlebih dahulu pada tahun 2021 nanti.

Tambah sumber, Gavi merupakan pakatan vaksin yang juga kerjasama kesihatan global awam dan swasta bagi meningkatkan akses imunisasi di negara miskin mengumumkan bahawa sehingga 100 juta dos vaksin covid-19 akan dihasilkan dan diedarkan ke negara miskin bermula tahun hadapan.

“Vaksin itu akan diletakkan harga jualan maksimum sebanyak AS$13 atau RM56 untuk satu dos dan akan dihasilkan di Institut Serum India (SII)”

Seterusnya, Gavi turut menyatakan kerjasama itu akan memberikan modal awal kepada SII bagi membantu mereka meningkatkan kemampuan pembuatan sehingga vaksin yang dihasilkan mendapat persetujuan peraturan dan prakelayakan ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Oleh itu, selepas melepasi semua peraturan, dos akan dihasilkan pada skala yang lebih besar bagi diedarkan sewal tahun 2021 nanti. Setakat ini dua calon vaksin iaitu dari AstraZeneca dan Novavax.

Manakala sekiranya vaksin Astrazeneca berjaya dihasilkan, ia akan diedarkan ke 57 negara di bawah program Gavi.

Sekiranya vaksin dihasilkan Novavax, ia akan dimanfaatkan 92 negara di bawa Komitmen Pasaran Termaju (AMC) Gavi.

Untuk pengetahuan, India, Amerika dan Brazil merupakan 3 negara yang mencatatkan angka melepasi 2 juta bagi kes jangkitan covid-19. Jumaat lalu, India mencatatkan angka jangkitan harian tertinggi iaitu lebih 60 ribu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara itu kini hampir 2.1 juta.

Perkembangan tersebut sangat membimbangkan kerana ia meningkat dua kali ganda dalam tempoh 3 minggu.

Sumber : Hmetro

loading...