Bahaya Menyimpan Makanan Di Dalam Peti Sejuk


Bahaya Menyimpan Makanan Di Dalam Peti Sejuk

Hari ini boleh di katakan setiap rumah pasti akan memiliki peti ais. Tujuan utama peti ais adalah untuk menyimpan bahan bahan mentah makanan seperti daging ayam dan ikan sebagai stok memasak. Selain itu, peti ais juga digunakan untuk menyimpan sayur sayuran, buah buahan. Memyimpan air sejuk atau ais ketul.

Peti ais juga sering di gunakan untuk menyimpan sisa sisa lauk berlebihan supaya lauk tersebut tahan lama dan masih boleh di makan dalam tempoh tempoh tertentu. 

Tetapi ramai yang tidak tahu bahawa peti ais boleh menjadi punca kepada keracunan makanan sehingga boleh menyebabkan kematian. Ini kerana, peti sejuk juga antara tempat pembiakan bakteria yang dapat merosakkan makanan dan menjadikan makanan beracun jika tidak disimpan dengan cara yang betul.

Menurut seorang Pegawai Perubatan Columbia Asia Hospital , Dr S Malar Santhi, peti ais hanya melambatkan proses pembiakan bakteria.

Terdapat 2 jenis kuman yang membiak di dalam peti ais, yang pertama kuman yang dapat menyebarkan penyakit kepada manusia. Kuman yang kedua pula hanya menyebabkan perubahan bau dan rasa pada makanan tetapi tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.

Contoh bakteria yang dapat dapat menjangkiti manusia adalah Salmonella yang kebiasaannya terdapat pada telur dan susu.

Bakteria 'Clostridium perfringes' pula ada pada lasagna dan lauk-pauk serta 'Campylobacter' yang terdapat pada daging, ayam dan ikan.

kuman seperti 'Pseudomonas' dan kulat seperti 'Aspergillus' yang menyebabkan bau serta rasa makanan berubah, namun ia tidak menyebabkan jangkitan atau penyakit. Kuman seperti ini dikenali sebagai bakteria pembusuk. 

Lazimnya, walaupun termakan makanan yang berubah bau dan rasa, ia tidak akan menyebabkan penyakit, tetapi memberi rasa tidak enak atau kurang bersih.

SEkiranya seseorang termakan makanan yang tercemar oleh bakteria di dalam peti ais, mereka akan terkena keracunan makanan dan jangkitan pada usus.

Dr S Malar Santhi juga mangatakan bahawa seseorang juga berisiko maut sekiranya makanan yang di simpan dalam peti ais tercemar dengan bakteria berbahaya seperti E Coli dan Toxoplasmosis.

Pusat Kawalan Penyakit di Amerika Syarikat mengganggarkan, kira-kira 48 juta orang mendapat jangkitan berpunca daripada makanan dan hampir 3,000 meninggal dunia setiap tahun dan 20% daripadanya berpunca daripada keracunan makanan yang disimpan di dalam peti sejuk.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa bahan makanan mentah seperti daging lembu, ayam, udang, ikan boleh menjadi punca penyebaran bakteria di dalam peti sejuk. 

Air dari bahan makanan mentah yang terkena sayuran atau buah boleh menyebabkan pembiakan bakteria menerusi jangkitan silang terutama apabila dimakan mentah atau separa masak.

Oleh itu, bahan ini perlu disimpan menggunakan kaedah penyimpanan yang betul bagi mengelakkannya menjadi ejen pencemar kepada makanan lain dalam peti sejuk.

Cara betul menyimpan makanan di dalam peti sejuk 

Ramai yang tidak menggunakan cara yang betul samaada penggunaan peti sejuk atau cara menyimpan makanan di dalam peti sejuk. Cara penggunaan peti sejuk dan cara menyimpan makanan dalam peti sejuk adalah seperti di bawah :

Bahaya Menyimpan Makanan Di Dalam Peti Sejuk


*Suhu peti sejuk hendaklah berada di paras 4 hingga 5 darjah celcius. Manakala bahagian sejuk beku pula pada paras negatif 18 darjah celcius atau paling kurang kosong darjah celcius.

*Kurangkan membuka pintu peti sejuk atau membuka pintu peti sejuk dalam tempoh yang lama untuk mengekalkan suhu peti sejuk.

*Tutup bekas makanan walaupun dalam peti sejuk. Bekas makanan yang terbuka, memudahkan pembiakan bakteria kerana suhu lebih tidak stabil.

*Meletak makanan basah seperti ikan, ayam dan daging dalam bekas bertutup atau plastik. Ini kerana air daripada makanan ini boleh mencemarkan makanan lain

*Diinginkan dahulu makanan yang panas sebelum memasukkannya ke dalam peti ais.

*Susun makanan memgikit jenis dan jangan campurkan makanan mentah dengan makanan sudah siap (lauk). 

*Bersihkan bahagian dalaman peti sejuk  secara berkala  dan lakukan penyelenggaraan jika perlu untuk memastikan peti ais berfungsi dengan baik.


loading...