Sanggup Sewa Rumah Kedai Untuk Lebih 400 Kucing Terbiar


Berhabis RM15,000 Sebulan Untuk Kebajikan Kucing

Kalau berhabis RM15,000 (15 Ribu) untuk kucing peliharaan kesayangan yang comel, mungkin perkara biasa. Malah ada yang sanggup berhabis berpuluh ribu untuk kos penjagaan dan perawatan si meow.

Tetapi jika berhabis beribu ringgit untuk kucing kucing terbiar yang sakit, yang lumpuh atau yang buta, itu sesuatu yang sangat jarang ditemui malah mungkin sangat susah untuk di temui insan yang sebegitu.

Tetapi ini lah yang di lakukan oleh sepasang suami isteri Nurul Ain Abdul Hamid, 29 tahun dan Muhamad Razeef Che Shamah 39 tahun yang sanggup memelihara 22 kucing yang lumpuh di rumah mereka sendiri di Taman Sri Muda, Shah  Alam sejak 6 bulan lalu.

Berhabis RM15,000 Sebulan Untuk Kebajikan Kucing
Nurul Ain bersama kucing lumpuh dirumahnya Taman Sri Muda

Bukan itu sahaja, mereka turut menyewa rumah kedai 3 tingkat yang berjarak 1 kilometer dari rumah mereka untuk menempatkan lebih dari 400 ekor kucing yang sakit dan terbiar.

Antara kucing yang di pelihara mereka adalah kucing yang sakit, lumpuh, buta dan juga yang mengalami kanser.

Nurul Ain yang begitu menyayangi kucing menjaga kucing kucing tersebut seperti menjaga anak sendiri, malah dia turut membahasakan dirinya sebagai 'mummy' di saat 'berbual' dengan kucing kucing nya.

Mengenai kos penjagaan, rawatan dan makanan, mereka menggunakan wang poket mereka sendiri dan juga sumbangan daripada rakan, jiran dan orang ramai. Dianggarkan kos penjagaan kucing kucing tersebut mencecah RM15,000 sebulan untuk 450 kilogram makanan kucing, sewa kedai dan gaji 4 orang pekerja. Walaubagaimanapun, kos tersebut tidak termasuk kos rawatan untuk kucing yang sakit.

Menurut Ain, dia ikhlas melakukan kerja amal tersebut dan merasa puas apabila melihat kucing yang di jaganya kembali sihat seperti kucing kucing yang lain sebelum diserahkan kepada keluarga yang berminat untuk memelihara mereka.

Bertemu Jodoh Dengan Suami Kerana Kucing

Di tanya bagaimana bermulanya kerja amal tersebut, Nurul Ain mengatakan sebelum dia dan suami bernikah, suaminya sudah terlebih dahulu memulakan kerja amal menjaga kucing kucing terbiar ini yang pada waktu itu suaminya menyewa rumah teres khas untuk menempatkan kucing kucing yang terbiar dan dia dan suami bertemu juga disebabkan kucing.

Menurut Ain, sebelum dia berkenalan dengan suaminya dahulu, dia terjumpa seekor kucing yang cedera di langgar kenderaan dan membawa kucing tersebut mendapatkan rawatan.

Selepas itu dia bertanya di Facebook cara penjagaan kucing sebelum suami memberi komen untuk memberikan kucing tersebut kepadanya untuk dijaga. Dan dari situlah hubungan mereka bermula dan akhirnya berumahtangga.

Pernah Difitnah Menyalahgunakan Wang Sumbangan

Menurut Ain, antara cabaran lain dalam melakukan kerja amal menjaga kucing kucing terbiar ini adalah fitnah fitnah yang dilemparkan kepada mereka.

Nurul Ain mendakwa pernah difitnah orang ramai yang mengatakan bahawa wang sumbangan orang ramai untuk memelihara kucing disalahgunakan untuk kepentingan sendiri, sedangkan wang sumbangan tersebut tidak mencukupi untuk kos penjagaan kucing kucing tersebut malah perlu mengeluarkan wang poket mereka sendiri.

Mereka juga pernah dituduh menganiaya kucing sehingga ada yang membuat laporan kepada pihak berkuasa.

loading...