Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun


Siapa yang tidak tahu haiwan kesayangan nabi ini. Kucing adalah antara haiwan jinak dan comel yang ramai peminatnya di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kucing juga antara haiwan yang setia bersama dengan tuannya.

Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

Di petik dari sebuah postingan di FB, seekor kucing yang di beri nama 'Nana' ini berjaya menyentuh hati nitizen kerana kesetiaannya menemani atau mungkin juga menunggu tuannya yang sudah meninggal dunia walau tuannya itu sudah meninggal dunia 2 tahun yang lalu.

Kisah Kucing Setia Temani Tuan Di Kubur Selama 2 Tahun

Di petik dari perkongsian Hazlynn Nozi menerusi Group Facebook Kelab Pencinta Kucing Malaysia, kucing tersebut adalah kucing peliharaan arwah ayahnya.

Melalui perkongsian Hazlyyn, kucing tersebut pasti akan mengikuti keluarganya apabila mereka ingin menziarahi kubur ayah mereka. Malah kucing tersebut setiap hari akan ke kubur tersebut untuk yang terletak tidak jauh dari rumah mereka.

***********************

Dari kisah yang lain pula, pada tahun 2017, sempat viral kisah seeokor kucing putih yang tiba tiba datang ke kubur di Tanah Perkuburan Masjid Nur Al-Hidayah, Kelibang, Pulau Langkawi sewaktu pembacaan Talqin, mengelilingi kubur si mati dan enggan beredar dari kubur tersebut. Lebih menyedihkan, kucing tersebut menguis nguis tanah kubur tersebut seolah olah meratapi pemergian si mati.


Selepas diselidik, haiwan tersebut bukanlah haiwan peliharaan si mati, tetapi si mati adalah seorang yang menyanyangi kucing. Tidak kira di mana si mati terjumpa kucing, si mati akan memberikan makanan walaupun kucing tersebut bukan kucing peliharaannnya. Berkemungkinan kucing tersebut adalah kucing yang pernah di beri makanan kepada si mati.

************************

Kejadian yang lebih sedih berlaku di Indonesia pada tahun 2019 yang juga menunjukkan kesetiaan kucing terhadap tuannya....

Kucing jenis Persia yang di beri nama Ramboo menunjukkan perubahan yang ketara sama seperti manusia seperti kesedihan seseorang yang kehilangan orang yang di sayangi.

Kucing bernama Ramboo sewaktu kematian tuannya, dengan tiba tiba menjadi sakit, tidak mahu makan dan suhu badannya meningkat.

Tetapi pada malam pembacaan Yassin, kucing tersebut kembali sihat dan terus berada di rumah bersama keluarga lainnya selama 7 malam upacara tersebut di lakukan. Yang hairannya, kucing tersebut hanya duduk berdekatan orang orang yang membacakan Yasin seolah mengikuti pembacaan tersebut.

Tidak lama selepas kematian tuannya, Ramboo kembali sakit dan seperti tidak aktif seperti kebiasaannya, Ramboo lebih banyak termenung. Setelah di bawa ke doktor, Ramboo tetap dalam keadaan yang sama sehingga lah doktor menceritakan kepada keluarga si mati bahawa kucing juga sama seperti manusia yang mempunyai perasaan dan menyarankan untuk membawa kucing tersebut ke kubur tuannya...

Perkara yang pelik berlaku sewaktu kucing tersebut di bawa ke kuburan tuannya, si Ramboo hanya duduk dan menatap batu nisan tuannya dan sesekali bersandar di batu nisan tersebut seolah olah menangisi pemergian tuannya.

Selepas dari itu, kesihatan Ramboo kembali pulih dan kembali aktif seperti sedia kala..


loading...