Kadar Pembiayaan Pinjaman Amanah Saham Bumiputra ASB Kini Lebih Rendah


Kadar Pembiayaan Pinjaman Amanah Saham Bumiputra ASB Kini Lebih Rendah

Kepada anda yang membuat pinjaman bank untuk melabur di dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB) diminta menghubungi bank masing masing untuk membuat pelarasan pembiayaan pinjaman ASB selaras dengan penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan
Bank Negara Malaysia (BNM). 

Penurunan OPR memberi kesan kepada Kadar Asas dan Kadar Pembiayaan Asas yang menentukan kadar Pembiayaan ASB yang dikenakan oleh pihak bank.

OPR, yang menjadi penanda aras rujukan kadar pinjaman tempatan, kini berada pada paras terendah dalam sejarah iaitu sebanyak 1.75 peratus. OPR telah diturunkan sebagai sebahagian daripada usaha untuk terus merangsang pertumbuhan ekonomi negara berikutan kesan negatif COVID-19 kepada persekitaran ekonomi global.

Secara keseluruhan, OPR yang telah diturunkan oleh BNM pada 2020 adalah sebanyak 1.25 peratus dengan pengurangan OPR sebanyak 4 kali pada tahun ini, iaitu pada Januari, Mac, Mei dan yang terbaharu pada 7 Julai yang lalu.

Cara Pengiraan Pembiayaan ASB


Secara umumnya, penurunan OPR bermakna sebagai peminjam, anda boleh mengharapkan pengurangan dalam kadar faedah pinjaman/pembiayaan, termasuklah untuk Pembiayaan ASB.

Sebarang perubahan dalam OPR akan mempengaruhi Kadar Asas (KA) atau Kadar Pembiayaan Asas (KPA) yang menjadi rujukan pihak bank dalam menetapkan kadar faedah untuk pinjaman yang ditawarkan kepada pengguna.

Antara pinjaman kepada pengguna termasuklah pinjaman perumahan, overdraf, pinjaman unit amanah dan pinjaman peribadi. Bagaimanapun ia hanya terpakai untuk pinjaman dengan kadar terapung (floating rate).

Kadar Asas terdiri daripada dua komponen iaitu Penanda Aras Kos Dana (COF) dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR). Kadar faedah pinjaman efektif yang ditawarkan kepada pengguna ialah KA dan margin keuntungan yang ditetapkan bank.

COF + SRR = KA
(KA dipengaruhi oleh perubahan OPR)

KA + Margin Keuntungan = Kadar faedah pinjaman/pembiayaan efektif

Contoh : 3.00 + 2.1 = 5.1

Oleh itu sekiranya OPR diturunkan sebanyak 0.25 peratus dan bank menetapkan untuk mengekalkan margin keuntungan sedia ada, kadar faedah pembiayaan efektif peminjam juga mungkin berkurang sebanyak 0.25 peratus.

Berikutan itu, kadar faedah pembiayaan anda akan berkurang, seterusnya mengecilkan jumlah ansuran bulanan yang perlu anda bayar.
Contoh seperti berikut :

Cara mengira kadar faedah pinjaman ASB

Biasanya KA dan margin keuntungan setiap bank adalah berbeza dan ini mempengaruhi kadar faedah pinjaman/pembiayaan yang ditawarkan kepada pengguna. Perbezaan ini memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih kadar terbaik untuk pinjaman yang diambil.
loading...