Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Bungah, Pulau Pinang


Tular di laman sosial semalam bahawa sebuah kapal terbang telah terhempas di perairan Malaysia, di Pulau Keramat, berhampiran dengan Hotel Flamingo, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Laporan polis telah di buat dan kerja kerja mencari bangkai pesawat di lakukan bermula jam 2.30 petang, namun tiada bangkai pesawat terhempas di temui dan kerja kerja mencari di teruskan pada hari ini.

Kerja kerja mencari turut melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pasukan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Dari keterangan saksi yang melihat kejadian pesawat terhempas tersebut, pesawat adalah jenis pesawat ringan dengan muatan 2 orang. Pesawat di lihat mengeluarkan asap hitam sebelum terjunam dan terhempas ke dalam laut.


loading...