Kelebihan Menggunakan Kad Debit BigPay

Sebelum ini admin dah share cara cepat dan mudah untuk kirim wang ke luar negara menggunakan aplikasi e-wallet BigPay.

Kali ni admin nak share pula kelebihan lain e-wallet BigPay ni yang turut di datangkan dengan kad debit BigPay.

Kelebihan Menggunakan kad debit BigPay

Artikel kali ni lebih fokus pada mereka yang selalu pergi ke luar negara.

Biasanya kalau seseorang tu nak ke luar negara, melancong katakan... Biasanya seseorang tu akan tukar dulu duit RM ke duit mata wang negara yang nak dituju tu. Contoh seseorang tu nak ke Indonesia, jadi dia perlu beli dulu mata wang Rupiah di Money Changer Malaysia untuk berbelanja di Indonesia nanti. Atau tukar Ringgit Malaysia ke Rupiah di Money Changer di Indonesia. Maksudnya kat sini seseorang itu perlu bawa cash yang agak berkepuk juga dalam dompet. Lagi lagi jika seseorang itu pertama kali ke negara tersebut, perlu sediakan wang lebih atau duit spare. Mana tahu kalau ada perkara yang tak di ingini berlaku waktu melancong. Tak gelabah jadi nya...

Jadi di sinilah kelebihan kad debit BigPay ni.
Kad Debit BigPay ni boleh lah di katakan sebagai 'Money Changer bergerak' sebab dengan kad Debit BigPay ni, anda boleh keluarkan wang di mana mana mesin ATM di negara yang dilawati dengan kadar tukaran semasa dan cas servis yang rendah.
Jadi dalam situasi ni, katakan wang cash samaada RM atau Rupiah dah habis di tangan, anda cuma perlu top up e-wallet BigPay anda menggunakan online banking. Lepas tu dah boleh cash out di ATM berdekatan anda di negara tersebut.
Tak perlu lagi nak bawa duit cash berkepuk di tangan.

Kelebihan lain Kad Debit BigPay ni, anda boleh guna untuk membuat apa apa pembayaran yang menerima pembayaran menggunakan debit kad waktu melancong tu...

Dua kelebihan bila anda menggunakan kad debit BigPay ni sewaktu berbelanja di luar negara iaitu : 1. Kadar tukaran adalah mengikut kadar tukaran semasa pasaran dan ZERO cas.
Contoh anda hendak beli baju di Indonesia, harga baju tu katakan Rp354,879. Convert ke ringgit bersamaan RM100. Jadi bila buat pembayaran menggunakan debit kad BigPay, RM100 lah yang akan ditarik untuk pembelian tersebut.
Itu yang dimaksudkan dengan kadar tukaran semasa dan ZERO cas. 

Kelebihan Menggunakan kad debit BigPay

2. Anda akan mendapat Big Point dari AirAsia.
Big Point ni boleh la tebus untuk beli flight tiket di AirAsia atau tebus dengan apa apa promo yang dibuat oleh AirAsia, contoh makanan sewaktu dalam flight.

Dua kelebihan ni memang akan sangat menguntungkan mereka yang sering travel ke luar negara.

Itu jika seseorang itu kaki travel...
Jika anda ada anak atau saudara yang belajar di luar negara pula, kadang perlu transfer duit, kad Debit BigPay ini akan sangat membantu... Ini kerana, anda boleh membuat pemindahan duit dengan sesama pengguna e-wallet BigPay.
Contoh anda ada anak belajar di luar negara, anda hanya perlu pindahkan wang dari e-wallet BigPay anda ke e-wallet BigPay anak anda.
Seterusnya anda anda boleh berbelanja atau keluarkan wang tersebut menggunakan kad Debit BigPay di negara anak anda belajar.
Jimat waktu, jimat duit.

Kesimpulannya... Jika anda kaki travel atau anda ada anak atau saudara yang study di luar negara, anda wajib pakai dan miliki kad debit BigPay ni dan anda tidak akan menyesal.

Nak apply e-wallet dan kad debit BigPay, ikut langkah dibawah :

2. Anda akan di bawa ke Play Store / App Store, applikasi "BigPay - Asia's Money App" akan terpapar, download app tersebut.
3. Set Negara
4. Masukkan No Phone
5. Tunggu OTP kod di hantar melalui SMS dan masukkan no OTP yang di berikan.
6. Masukkan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan tepat.
7. Masukkan kod referral N9WLJ2LDN7
(Anda akan dapat bonus RM10 dengan memasukkan kod di atas selepas pengaktifan Kad Debit BigPay)
(Kegagalan memasukkan kod referral, menyebabkan anda tidak layak mendapat bonus RM10)
8. Kemudian lakukan pembayaran sebanyak RM20 untuk pengiriman Kad Debit BigPay. (Ya, BigPay juga menawarkan Debit Kad yang turut mempunyai banyak kelebihan) 
8. Tunggu BigPay Mastercard anda sampai di pintu rumah (lebih kurang seminggu), dan aktifkan kad tersebut. Selepas pengaktifan, RM10 akan dikreditkan ke dalam e-Wallet BigPay anda jika anda melakukan langkah 7.
loading...