Penangguhan Pendaftaran Pelajar IPT Secara Fizikal - Kementerian Pengajian Tinggi

Penangguhan Pendaftaran Pelajar IPT


Kementerian Pengajian Tinggi mengeluarkan kenyataan untuk mengangguhkan sesi pendaftaran pelajar baru secara fizikal di seluruh IPT. Kenyataan tersebut turut menyarankan pelajar pelajar lama kampus yang berada di kampung untuk tidak pulang dahulu ke kampus.

Kementerian Pengajian Tinggi menerusi kenyataan tersebut berkata, untuk sementara waktu semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian.

Dalam masa sama, kaedah pengajaran dan pembelajaran di IPT juga di sarankan untuk di lakukan secara dalam talian atau online hingga satu pengumuman baharu diumumkan.

“Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing.

“Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh kumpulan pelajar ini,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Selain itu, KPT juga mencadangkan agar semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus ditangguhkan.

Penjadualan Semula Tarikh Penerbangan Untuk Pelajar IPT


“KPT juga telah mengambil langkah proaktif berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon mempertimbangkan penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar pulang ke kampus, khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket penerbangan pulang ke IPT masing-masing.

“Hasil rundingan tersebut, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020,” tambah kenyataan itu lagi.


loading...