Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui MyEG


Renew lesen kenderaan online

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) motosikal secara online boleh dilakukan melalui sistem myEG dimana ia akan dilaksanakan bermula 9 Oktober 2020.


Manakala pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) secara online akan dilaksanakan mulai 16 Oktober nanti.


Bagaimanapun, Lesen Belajar Memandu (LDL) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL) tidak dapat di lakukan secara online. 


Menurut JPJ, pelaksanaan ini adalah sebagai inisiatif kerajaan untuk mendigitalisasikan perkhidmatan sedia ada kepada orang ramai selaras dengan amalan norma baharu pada hari ini.


Buat masa ini, perkhidmatan dalam talian melalui sistem myEG bagi urusan pembaharuan LKM hanya untuk kenderaan persendirian sahaja.


Sumber : Sinar Harian 

loading...