Hongmeng OS Bakal Menemui Pengguna Huawei

Hongmeng OS Bakal Menemui Pengguna Huawei


Pada 20 Mei yang lalu, Google mengumumkan perlaksanaan sekatan kepada Huawei daripada menggunakan sistem operasi Android pada telefon pintar akan datang. Pada masa sama, Google turut menghentikan sokongan dan kemaskini Android kepada Huawei. Selain daripada itu, Intel dan Qualcomm daripada Amerika Syarikat dilaporkan turut menyertai Google dalam sekatan tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada tindakan susulan daripada sekatan diperkuatkuasakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump. Sekatan ini semestinya memberi kesan kepada pengguna pengguna Huawei termasuk pengguna Huawei di Malaysia.
Smartphone Huawei sekarang seprti tidak ada apa apa fungsi lagi. Hanya Setaraf Nokia 3310 zaman tok kaduk. Info lanjut

Huawei Bakal Melancarkan Sistem Operasi Mereka Sendiri, Hongmeng

Huawei telah menjalankan kajian dan pembangunan ke atas sistem operasi sendiri yang dinamakan Hongmeng sejak tujuh tahun lalu. Kini, pembangunan sistem operasi tersebut telahpun berada pada fasa akhir dan bakal dilancarkan selewat-lewatnya tahun hadapan.

Sementara itu, Google telah memberi kelonggaran kepada pengguna Huawei untuk mengemaskini perisian Android di dalam peranti mereka sehingga 19 Ogos 2019.

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Huawei berkata, sistem tersebut (Hongmeng) bakal mampu menjalankan aplikasi Android melalui kerjasamanya dengan Apptoide, alternatif bagi Google Play. Bahkan, ura-ura mengatakan sistem ini juga mempunyai kemampuan untuk menjalankan aplikasi iOS.

Walaubagaimanapun secara keseluruhannya, para pemerhati teknologi masih tidak dapat memastikan samada prestasi Hongmeng bakal lebih baik daripada Android kerana masih banyak maklumat tentangnya yang belum didedahkan kepada umum. Namun mereka percaya sistem baru ini bakal menjadi saingan yang hebat kepada Android.

Punca Sekatan Amerika Syarikat Terhadap Huawei

Huawei merupakan pengeluar telefon pintar dan pada Julai 2018, mereka berjaya melepasi Apple sebagai jenama kedua terbesar dalam penjualan telefon pintar seluruh dunia.

Huawei merupakan syarikat persendirian di mana pemiliknya, Ren Zhengfei merupakan bekas jurutera di bawah People’s Liberation Army dan bertugas sebagai juruteknologi pembangunan teknologi ketenteraan sekitar tahun 1970-an. Latar belakang ketenteraan beliau digunakan sebagai salah satu isu utama Donald Trump dalam menghalang urusniaga Huawei di Amerika Syarikat oleh kerana bimbang terhadap keselamatan data pengguna yang menggunakan produk Huawei.

huawei melancarkan sistem OS hongmeng

Sehingga hari ini, Huawei telah berjaya mengeluarkan pelbagai produk dan peranti yang mampu untuk membentuk sebuah infrastruktur rangkaian telekomunikasi secara sendirinya tanpa kebergantungan pada syarikat lain. Peranti dan perkakasan seperti telefon pintar, pensuisan, tapak pemancar, teras rangkaian telah lama mengambil tempat di beberapa rangkaian telekomunikasi seluruh dunia, termasuk Malaysia. Malahan, kebanyakkannya peranti-peranti tersebut sudah bersedia untuk dipertingkatkan untuk menawarkan perkhidmatan rangkaian Generasi Kelima (5G).

Huawei bakal melancarkan sistem OS mereka sendiri, Hongmeng

loading...