WhatsApp Bakal Menyekat Penggunaan Applikasi Pada iPhone dan Android


WhatsApp Bakal Menyekat Penggunaan Applikasi Pada iPhone dan Android

Aplikasi popular dunia, WhatsApp akan memulakan sekatan ke atas berjuta-juta pengguna model telefon pintar iPhone dan android yang lama bermula 1 Februari 2020.

Mana mana iPhone dengan sistem operasi iOS 8 dan ke bawah tidak dapat menggunakan aplikasi Whatsapp lagi. Begitu juga dengan telefon pintar Android dengan versi 2.3.7 dan ke bawah. 

Pada waktu ini, pendaftaran baru akaun Whatsapp atau pengesahan semula akaun sedia ada Whatsapp sudah tidak boleh di lakukan pada iPhone iOS 8 ke bawah dan android versi 2.3.7 ke bawah.

Selain daripada itu, aplikasi WhatsApp juga bakal tidak dapat di gunakan ke atas telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Windows pada 31 Disember 2019 – sejajar dengan langkah Microsoft untuk menghentikan sokongan kepada sistem operasi Windows 10 Mobile mereka.

Menurut syarikat tersebut, tujuan sekatan ini dilakukan adalah kerana mereka mahu lebih fokus membangunkan dan memperbaiki fungsi serta ciri-ciri aplikasi WhatsApp pada telefon yang terkini.

WhatsApp akan hanya boleh beroperasi pada peranti yang menggunakan sistem Android 4.0.3 ke atas dan telefon pintar iPhone yang menggunakan iOS 9 ke atas sahaja.

Model telefon lain yang telah pun disekat daripada penggunaan aplikasi Whatsapp adalah BlackBerry OS dan BlackBerry 10 pada 31 Disember 2017, Nokia S40 pada 31 Disember 2018 serta Nokia Symbian S60 pada 30 Jun 2017.
loading...