Akhirnya Pencarian Jodoh Melalui Poster Berhasil



Tak berapa lama dulu, pernah viral seorang lelaki dari Terengganu mencari jodoh melalui poster yang dibuat dan diletakkan di persimpangan traffic light. Viral lah kan sebab tak pernah dibuang orang kot cari jodoh dengan guna poster macam kat bawah... 


Tapi bak kata orang, kalau dah jodoh.. Tak kemana..

Akhirnya usaha lelaki bernama Aziro ni yang mencari jodoh menggunakan poster berhasil bertemu jodoh dengan seorang wanita yang juga mencari jodoh.. 

Menerusi muat naik di laman sosial Gegar, beberapa gambar Aziro yang segak berbaju pengantin bersama isterinya ketika upacara membatalkan air sembahyang telah tular.

Aziro telah selamat bergelar suami kepada kekasih pilihan hati dikenali sebagai Suhaibah atau Ibah, 33, berasal dari Kuantan.





************

Tahniah dan selamat pengantin baru untuk Aziro dan Ibah. Semoga kekal ke akhir hayat....

Yang belum bertemu jodoh tu, boleh la guna cara Aziro ni... Mana tahu bertemu jodoh... Kan kan kan...

Lelaki lambat nikah tak per...
Perempuan kalau lambat nikah... Jangan ditegur... Takut yang tegur kena lesing... Kihkihkih...
loading...