KOngsikan Aje

Kalau Artikel tu Best, Kami Kongsikan.. Kalau Anda Rasa Post Kami Best.. Kongsikanlah.. Kongsikan Aje

Tuesday, January 8, 2019

Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019

January 08, 2019 0

Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019

Kalendar tarikh hari kelepasan am 2019 cuti umum dan cuti sekolah 2019


Di bawah adalah tarikh tarikh untuk cuti umum dan cuti sekolah (Malaysia Public Holidays and School Holidays 2019).

Semoga info tarikh cuti sekolah dan cuti umum 2019 ini dapat membantu anda dan keluarga dalam membuat perancangan untuk bercuti, menempah tiket kapal terbang, menempah hotel dan sebagainya.

Kalendar / Tarikh Cuti Umum Malaysia 2019


Kalendar Tarikh Cuti Umum Dan Cuti Sekolah 2019

Senarai Hari Kelepasan Am 2019 (Persekutuan dan Negeri)

Senarai Hari Kelepasan Am 2019 (Persekutuan dan Negeri)
Senarai Hari Kelepasan Am 2019 (Persekutuan dan Negeri)
Senarai Hari Kelepasan Am 2019 (Persekutuan dan Negeri)

 Untuk mendownload fail PDF Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri bagi tahun 2019, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan,dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri disini.

Kalendar Cuti Sekolah 2019

Berikut adalah Jadual Cuti Sekolah (Cuti Penggal dan Cuti Tengah/Akhir Tahun) 2019

Kalendar Cuti Sekolah 2019

Kumpulan A : Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu. (Hujung Minggu = Hari jumaat)
Kumpulan B : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya (Hujung minggu = Hari Ahad) 

***************************************

Sekeluarga Berbasikal Ke Mekah Dari Indonesia

January 08, 2019 0

Subhanallah, Keluarga Dari Jakarta Ini Hanya Berbasikal Ke Mekkah Untuk Menunaikan Umrah

keluarga dari jakarta indonesia berbasikal ke mekkah untuk menunaikan umrah

BUKIT MERTAJAM: Setelah dua hari berehat melepaskan lelah, sebuah keluarga lima beranak yang berasal dari Jakarta, Indonesia, hari ini meneruskan kembara berbasikal ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.

Muchlis Abdullah, 47, berkata beliau dan keluarga bakal menyusuri lapan hingga 10 negara dan dijangka tiba di Jeddah pada Januari atau Mac tahun depan.

Saya menjangkakan kami tiba di Jeddah dalam masa lima hingga tujuh bulan lagi,” kata Muchlis kepada Bernama ketika ditemui di perkarangan Masjid Papan, Permatang Pauh di sini, Selasa.

Kembara yang dinamakan ‘Ziarah Qudsiyah Tanah Suci 2018′ keluarga itu bermula pada 11 Julai dengan Muchlis dan anak sulung mereka, Mirza Hakim, 15, bertolak dari Jakarta manakala isterinya Julianti Husin, 47, dan dua lagi anak mereka, Ahmad Zaki Hafiz, 11, dan Oliva Yumna, 6, bertolak dari Medan.

Keluarga itu tiba di Malaysia pada 30 Julai dengan memasuki Melaka menggunakan perkhidmatan feri sebelum menyambung perjalanan berbasikal ke utara tanah air melalui Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

keluarga dari jakarta indonesia berbasikal ke mekkah untuk menunaikan umrah


Di Pulau Pinang, Muchlis dan keluarga menginap di sebuah hotel di Permatang Pauh selama dua hari atas sumbangan dan bantuan penduduk setempat.

Keluarga itu meneruskan perjalanan pada pukul 8.57 pagi ini selepas bacaan doa dan upacara pelepasan oleh Imam Masjid Papan, Wahab Yahaya, 76. Destinasi persinggahan rehat seterusnya ialah di Gurun, Kedah.

Selepas Malaysia, antara negara yang bakal dilalui keluarga itu ialah Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Afghanistan, Iran, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan akhir sekali, Arab Saudi.

Menurut Muchlis, persiapan dan perancangan kembara itu dilakukan sejak dua tahun lepas iaitu merancang perjalanan serta persiapan mental, emosi dan fizikal.

Beliau berkata mereka bagaimanapun akan mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kenderaan awam seperti kereta api dan pesawat sekiranya terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan terutama di destinasi yang mengalami pergolakan.

“Kami sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sambutan yang hangat, tidak putus-putus bantu saya dan keluarga… tidak boleh diucapkan dengan kata-kata, hanya Allah yang dapat balas kebaikan semua,” katanya.

keluarga dari jakarta indonesia berbasikal ke mekkah untuk menunaikan umrah

Sementara itu Rusnah Baba, 65, dan suami Mohd Damanhuri Abd Talib, 65, penduduk tempatan yang banyak membantu keluarga itu, berkata mereka dihubungi oleh Muchlis untuk mendapatkan bantuan kerana sebelum ini mereka pernah membantu pasangan suami isteri dari Indonesia yang mengembara ke Tanah Suci menggunakan basikal.

“Memang ramai beri bantuan dan nak tolong mereka…contohnya  ada pemilik restoran di Kulim hubungi mak cik, minta bawakan mereka ke sana sebab beliau nak beri mereka makan dan bantuan kewangan. Ada juga sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi kumpulkan duit dan beri bantuan kepada mereka,” kata Rusnah.

Wednesday, January 2, 2019

Asteroid Sebesar Piramid Menghampiri Bumi

January 02, 2019 0

Asteroid Sebesar Piramid Menghampiri Bumi
Ini Apa Yang Bakal Berlaku

Jika anda perasan, akhir akhir ini sering berlaku bencana alam seperti Tsunami, banjir kilat, ribut, taufan, tanah runtuh dan lain lain....
Semenanjung Malaysia mungkin kurang terdedah kepada bencana alam seperti taufan juga tsunami kerana faktor geografinya yang agak terlindung. Tetapi di negara negara jiran seperti Indonesia seringkali berlaku bencana alam. Yang terbaru Tsunami di Lombok. Tsunami kedua terburuk selepas kejadian Tsunami di Aceh..

Terbaru, berita mengenai sebuah Asteroid sebesar piramid agung Giza bakal menghampiri bumi pada Januari 2019

Asteroid Sebesar Piramid Menghampiri Bumi

Asteroid Sebesar Piramid Menghampiri Bumi

Daripada sedutan berita di atas, asteroid tersebut menghampiri bumi pada kelajuan 32,400 km/j dan melintasi bumi pada jarak 4.8 juta kilometer dari bumi.

Apakah kesan dari fenomena Asteroid menghampiri bumi ini?

Sebenarnya bukanlah kesan terhadap fenomena Asteroid ini yang admin ingin tekankan, tetapi....

FENOMENA INI ADA TERTULIS DI DALAM ALQURAN PADA SURAH AD DUKHAAN
yang mana satu keadaan di panggil dukhon di mana bumi akan bergelap selama 40 hari 40 malam seperti yang di katakan oleh Rasulullah S.A.W 1400 tahun yang lalu..

Asteroid Sebesar Piramid Menghampiri Bumi

Tonton dan perdengrkan video akan fenomena Dukhon di dalam video di bawah.





Bermula dari perlanggaran perlanggaran hukum tuhan (Gay, lesbian, homoseks) yang berlaku pada hari ini, bencana bencana alam dan petanda petanda lainnya yang membuktikan bahwa kita sudah berada di akhir zaman... seberapa ramai yang sedar......????

Friday, December 7, 2018

Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2019

December 07, 2018 0

Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam 2019

jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2019


Gaji bagi kakitangan awam atau pekerja kerajaan 2019 hanya sekali sebulan. Semestinya ianya memerlukan perancangan yang rapi dalam mengatur kewangan supaya wang gaji yang di terima cukup untuk menampung perbelanjaan sehingga gaji yang seterusnya..

Ini kerana jika terlajak berbelanja, tidak buat budget, jawabnya makan meggie kering la hujung bulan. Lagi lagi yang banyak buat loan itu ini.. huhu.. Kalau yang bujang, ok la sikit kot, kalau yang dah berumahtangga, isteri pula tak bekerja, anak berderet... penat juga tu...

Tarikh bayaran gaji bagi tahun 2019 telahpun dikeluarkan secara rasmi menerusi pekeliling SPANM Bil. 9/2018 melalui Portal Jabatan Akauntan Negara Malaysia (www.anm.gov.my).

Tarikh Bayaran Gaji Kakitangan Awam Tahun 2019

Dibawah adalah jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2019.

jadual dan tarikh pembayaran gaji bulanan penjawat awam bagi tahun 2019

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pengunjung terutamanya bagi semua penjawat awam yang selama ini ternanti-nanti tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2019.

Hampir Buta Di Sebabkan Handphone

December 07, 2018 0

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone

Selari dengan perkembangan teknologi pada hari ini, gajet seperti handphone bukan lagi kehendak seperti 10 tahun yang lalu, tetapi ianya sudah menjadi 1 keperluan yang harus dimiliki oleh setiap orang termasuk kanak kanak yang masih di bangku sekolah rendah.

Pada hari ini, bukan lagi sesuatu yang menghairankan jika kita melihat kanak kanak yang masih bersekolah memiliki handphone malah ianya suatu pemandangan yang biasa pada hari ini.

Semakin berkembangnya penggunaan teknologi gajet seperti handphone ini juga, membuatkan ramai ibu bapa yang menjadikan gajet ini permainan kepada anak anak kecil mereka malah ada produk produk keluaran yang menyerupai gajet handphone ini khas untuk kanak kanak.

Tentu anda pernah melihat anak anak yang masih kecil yang mungkin di bawah usia 6 tahun, terlalu asyik dengan permainan gajet mereka atau menonton video kartun menggunakan handphone.

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone


Tahukah anda bahawa penggunaan gajet yang telalu lama iaitu dengan melihat skrin atau layar gajet seperti handphone ini boleh merosakkan otot dan saraf saraf mata sehingga boleh mengakibatkan juling, rabun malah buta terutama kepada kanak kanak yang masih berusia di bawah 6 tahun. Ini kerana otot dan saraf mata anak anak kecil ini masih belum cukup kuat untuk menampung kemasukan cahaya yang terpancar dari layar gajet apatah lagi melihat layar gajet atau handphone dalam tempoh yang terlalu lama dan jarak yang dekat.

Di Thailand, seorang kanak kanak terpaksa menjalani pembedahan untuk membetulkan matanya yang juling dan hampir rosak akibat terlalu lama bermain dengan gajet. Kanak kanak tersebut di percayai sudah di berikan permainan gajet oleh ibu bapanya sejak berusia 2 tahun.

Mata Anak Menjadi Juling, Rosak Dan Hampir Buta Gara Gara Gajet Handphone

Kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang sering memberikan gajet handphone kepada anak anak yang masih kecil terutama yang berusia di bawah 6 tahun, dengan tujuan mereka tidak membuat bising atau menangis, silalah pantau penggunaan gajet oleh anak anak anda, lebih bagus jangan bagi langsung mereka menggunakan gajet tersebut. Anak anak tak tahu kalau bukan ibu bapa yang ajarkan. :)

Kita orang dewasa pun kalau tengok handphone atau komputer dalam tempoh yang terlalu lama, boleh pening kepala dan penglihatan akan terganggu (lama kelamaan boleh menjadi rabun jauh)

Last part, sila tonton video di bawah berkenaan penggunaan gajet handphone oleh kanak kanak dan hadamkan mesej yang terdapat di dalam video :)

Google+ Followers

Followers